“Jangan salahkan saya... kita orang industri sudah tahu permainan ini” - Ini komen Ifa Raziah selepas dituduh punca Noorshila tersingkir!

Ifa meminta peminat tidak menyalahkan dirinya atas penyingkiran Noorshila.

PENYANYI Ifa Raziah meminta netizen tidak menyalahkan dirinya atas kegagalan peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Noorshila Amin di pentas separuh akhir yang berlangsung malam Ahad.

Menurut Ifa, dia dan Noorshila menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan meminta peminat tidak mempertikaikan mengenai penyingkiran tersebut.

"Pada pendapat Ifa... Kak Shila (Noorshila) memang layak ke final GV6 tetapi itu semua rezeki masing-masing, ada peserta GV6 yang Ifa rasa tak layak masuk ke final kalau nak diukur dari segi vokal dan persembahannya yang kaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Wann akhirnya tersingkir, Noorshila pula terkandas kerana duet bersama Ifa Raziah tak harmoni... 6 peserta ke final GV6

ARTIKEL BERKAITAN: “Selama enam minggu saya hanya di kedudukan bawah” - Usaha Noorshila Amin bawa lagu 'Vroom Vroom' berbaloi

"Akan tetapi itu sudah menjadi rezeki dia jadi itu semua kita tak boleh dipertikaikan lagi, keputusan adalah muktamad! Jadi janganlah nak menyalahkan Ifa hanya kerana Kak Shila tak dapat mara ke final, kita ni orang-orang industri sudah tahu permainan ini dan kami reda dengan keputusan GV6 walaupun pedih untuk diterima.

"Adat bertandinglah... ada yang menang ada yang kalah tapi yang kalah tak semestinya dipersalahkan atau mengalah! Ifa harap peminat-peminat Kak Shila faham dan mendoakan semoga Kak Shila terus sukses di dalam kariernya," kata Ifa menerusi Instagram pada Isnin.

Ifa menulis luahan tersebut di Instagram dan Facebook miliknya.

Pada minggu separuh akhir GV6 yang berlangsung Ahad, Ifa menjadi rakan duet Noorshila menyanyikan lagu Dialah Di Hati nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Persembahan mereka berdua menerima kritikan netizen di laman Twitter dan ada peminat menyalahkan Ifa sebagai punca Noorshila tersingkir.

Sementara itu, Ifa berkata dia sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan persembahan pada malam tersebut berjalan lancar.

Noorshila dan Ifa berduet menerusi lagu Dialah Di Hati.

Dia turut menafikan dakwaan kononnya meniru gaya persembahan penyanyi lain dan menjelaskan lagu tersebut disampaikan dengan cara tersendiri.

"Ifa dah cuba sehabis baik untuk membantu Kak Shila. Walaupun lagu ini ballad, maaf jika ada sedikit kelemahan dari vokal Ifa... sejujurnya lagu ni memang susah untuk dinyanyikan tapi Ifa dah cuba yang terbaik. Ifa memang tak reti nak menyanyi sambil berdiri tegak.

"Walaupun nyanyi lagu perlahan itu adalah gaya cara persembahan Ifa, tak ada niat nak tiru gaya artis-artis lain, itulah gaya Ifa tersendiri! Pada pendapat Ifa sesetengah penyanyi ada suara dan aura tetapi tiada luck (tuah) didalam industri untuk bertahan lama.

Penonton menyalahkan Ifa di laman Twitter.

"Ada pula penyanyi yang sederhana seperti Ifa ni tapi masih bertahan dalam industri sehingga hari ini dan diangkat sebagai artis versatil popular selama dua tahun berturut-turut. Syukur Alhamdulillah, ini dikatakan rezeki... kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukannya!," ujarnya.

Pentas akhir GV6 akan menyaksikan persaingan sengit enam bintang iaitu Naqiu, Jatt, Hady Mirza, One Nation Emcees, Nurfatima dan Sham Visa.

Untuk rekod, Ifa merupakan pemenang tempat kelima Gegar Vaganza musim pertama.

Noorshila Amin, Ifa Raziah

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duduk rumah, pesan online, kami hantar order! Jom semak senarai servis makanan di kawasan sekitar anda

SEPANJANG tempoh PKP, orang ramai digalakkan membuat pembelian secara dalam talian.

Artikel Lain