suria

“Satu lagi fitnah" - Aaron Aziz kesal dituduh sokong Israel, netizen desak ambil tindakan

Aaron kecewa apabila ada individu yang menuduh dirinya menyokong rejim Zionis.

PELAKON Datuk Aaron Aziz, meluahkan rasa kecewa mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah seorang individu di media sosial yang menuduh dia menyokong rejim Zionis.

Menerusi hantaran di akaun Threads miliknya pada Jumaat, Aaron, 49, menyifatkan kenyataan dilemparkan terhadapnya itu sebagai sesuatu yang tidak berasas dan melampau. 

“Satu lagi fitnah. Satu kenyataan yang bodoh dan prejudis,” katanya ringkas.

Netizen minta Aaron ambil tindakan terhadap individu sebarkan fitnah tentang dirinya.

Tuduhan itu dipercayai berpunca daripada satu komen yang dibuat oleh seorang individu yang mempertikaikan pendirian Aaron berhubung isu Palestin serta penglibatan artis dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Kenyataan individu terbabit turut mengaitkan asal-usul Aaron sebagai rakyat Singapura sebagai alasan mengapa kononnya pelakon itu tidak menyokong perjuangan Palestin.

"Aaron Aziz berasal dari Singapura, jadi tak hairanlah kalau ada yang anggap dia menyokong Israel,” tulis individu tersebut dalam sebuah hantaran.

Tindakan individu terbabit nyata mengundang kemarahan netizen yang rata-rata mengecam kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz terkejut anak jadi sasaran, Sharina Richie tuntut saman fitnah RM2 juta

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada ugutan atau buli” - anak Aaron Aziz tampil pertahankan diri

Malah, ramai yang menyifatkan ia sebagai tuduhan liar tanpa asas dan meminta Aaron agar mengambil tindakan tegas terhadap penyebar fitnah tersebut.

“Tak habis-habis nak fitnah orang tak bersalah. Tolonglah pastikan kesahihan sebelum buat kenyataan.

“Tak takut dosa ke? Apa yang awak cakap tu boleh jatuh hukum memfitnah.

“Harap Aaron saman lelaki ini sebab tabur fitnah sesuka hati.

Satu kenyataan yang bodoh dan prejudis.

DATUK AARON AZIZ

PELAKON

Sebelum ini, nama Aaron hangat diperkatakan apabila anak perempuannya, Dwi Ariana, didakwa menerima surat tuntutan (Letter of Demand) daripada seorang pempengaruh media sosial, Sharina Richie, yang mengemukakan saman sebanyak RM2 juta.

Konflik antara keluarga Aaron dan Sharina bermula selepas tersebarnya sebuah video di media sosial yang menunjukkan pempengaruh itu mengecam tindakan aktor berkenaan berkaitan isu Palestin, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Menurut Aaron, dia terkejut apabila menerima surat tuntutan tersebut pada pagi Khamis, apatah lagi apabila anaknya langsung tidak melakukan sebarang kesalahan yang wajar diheret ke mahkamah.

Tangkap layar Aaron membidas kenyataan individu yang didakwa memfirnah dirinya.

Sharina mendakwa dirinya menerima kecaman melampau termasuk serangan berbentuk peribadi di media sosial selepas video berkenaan tular.

Mengulas lanjut isu yang melanda, Aaron dalam beberapa hantaran sebelum ini menegaskan bahawa sokongannya terhadap Palestin tidak pernah goyah, malah dia menyifatkan tuduhan kononnya dirinya pro-Israel sebagai sesuatu yang keterlaluan.

Pelakon filem The Expert itu juga turut menyeru orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan suntingan atau maklumat separuh jalan yang boleh mengundang salah faham dan fitnah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain