INDUSTRI seni kreatif turut mendapat perhatian kerajaan sempena Belanjawan 2026 yang berlangsung pada Jumaat.Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan secara keseluruhan sebanyak RN140 juta untuk pembangunan industri kreatif. Dalam tekad sembilan yang memfokuskan pembinaan jati diri dan pembangunan nilai insani sebanyak RM110 juta disediakan sebagai insentif bagi memperkukuh ekosistem ekonomi jingga, khususnya untuk penerbit filem tempatan dan antarabangsa yang menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia. Kerajaan menyokong penganjuran konsert artis tempatan dan antarabangsa.Daripada jumlah itu, RM10 juta diperuntukkan khas untuk penerbitan kandungan kenegaraan.Anwar berkongsi perkara tersebut semasa pembentangan Belanjawan Madani 2026 yang berlangsung di Parlimen Malaysia.Kerajaan juga menyediakan insentif berjumlah RM10 juta bagi menyokong penganjuran konsert artis tempatan dan antarabangsa di Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Bajet 2025: Industri Kreatif dapat peruntukan RM160 juta, Dana Kandungan Digital naik RM65 jutaARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2026: Pembentangan ke-4 kerajaan Madani, ini manfaat rakyat bakal terimaLangkah ini bertujuan menarik pelancong asing sejajar dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026.Selain itu, sebanyak RM20 juta disediakan untuk menyokong ekosistem kreatif digital, khususnya bagi penggiat animasi dan permainan digital tempatan. Malah bagi menggalakkan usaha penggiat animasi tempatan, kerajaan turut memberi kelonggaran kepada semua kementerian dan jabatan dalam perolehan produk merchandise serta kandungan digital.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube