MENJELANG hari bahagia, penyanyi Amira Othman sempat memberikan ucapan istimewa buat pelakon Fattah Amin sempena ulang tahun kelahiran yang ke-35.
Amira atau Nadia Amira Othman, 32, mendoakan agar Fattah terus dilimpahi kebahagiaan, rezeki, kesihatan dan kasih sayang dalam kehidupannya.
"Selamat hari lahir Fattah Amin. Moga Allah kurniakan rahmat, berkat, kasih sayang, rezeki, kebahagiaan, iman dan kesihatan tubuh badan.

Majlis pernikahan Fattah (kanan) dan Amira disiarkan secara langsung di Unifi TV.
"Semoga yang baik-baik untuk manusia sebaik awak. Selamat menyambut ulang tahun yang ke-35," katanya.
Amira berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Ucapan penuh makna itu turut disambut baik oleh Fattah yang meluahkan rasa terharu di ruangan komen sambil mengucapkan terima kasih kepada Amira atas kejutan yang diberikan.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin lamar Amira Othman, bakal nikah Ahad ini - "Daripada rakan sekerja ke rakan serumah”
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia lelaki yang baik” - Amira Othman lega kongsi berita nikah, yakin Fattah Amin pilihan tepat
"Alhamdulillah terima kasih semoga Allah kabulkan semua doa-doa dari orang yang baik macam awak (Amira). Menjadi ya kejutan awak," ujarnya.
Pada 8 September lalu, Fattah mengumumkan dia dan Amira bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September.
Majlis ijab kabul pasangan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV pada pukul 8 malam.
Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan pelakon Fazura pada 27 Oktober 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


