PENYANYI Naufal Azrin selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Fatin Farhanah Fauzi pada pagi Ahad.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan.
Penyanyi itu sah bergelar suami dengan tiga kali lafaz dan majlis dipercayai berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Tumpat, Kelantan.

Naufal melangsungkan pernikahan pada Ahad.
Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM7,000.
Pelantun yang terkenal menerusi lagu Casablanca itu turut memberi seutas gelang emas kepada isterinya selepas sah bernikah.
ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun bercinta, Naufal Azrin bertunang dengan guru
ARTIKEL BERKAITAN: Setahun tuntut hutang, Naufal Azrin bakal dedah identiti jika gagal bayar
Dalam temu bual sebelum ini, Naufal memaklumkan dia sudah mula mengenali Fatin Farhanah sejak tujuh tahun lalu.
Namun ketika itu dia masih belum mendedahkan identiti wanita berkenaan yang juga merupakan seoang guru.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


