SEDAR namanya masih belum cukup dikenali, pelakon Muhsin Nadzli memberitahu pernah melalui fasa hampir berputus asa dalam meneruskan kerjaya seninya.
Namun Muhsin atau Muhsin Hakim Nadzli, 29, yakin perjalanannya masih panjang serta enggan mensia-siakan bakat dan minat terhadap dunia lakonan.
"Mungkin saya ini seorang yang boring, tetapi percayalah banyak yang boleh saya berikan dalam lakonan. Saya ada 'barang' itu.
Muhsin mahu buktikan kemampuan dalam dunia lakonan.
"Ada juga rasa putus asa bila nama tidak dikenali, tapi ini adalah minat saya sejak dulu membuatkan saya perlu bangkit," katanya kepada mStar.
Muhsin ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Impak Maksima 2.
Dia juga tidak menolak faktor namanya kurang mendapat sambutan adalah disebabkan tidak memberi fokus sepenuhnya terhadap dunia lakonan sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terlalu banyak berfikir sampai ganggu emosi, Arfie Shah gementar jadi hero ‘Impak Maksima 2’
ARTIKEL BERKAITAN: Impak Maksima 2 penentu karier Ahmad Idham, sedia undur diri jika gagal
Dalam masa sama, Muhsin juga enggan dikenali hanya kerana cerita panas melibatkan kontroversi.
"Sebelum ini saya banyak buat kerja lain seperti pengacara serta jurulatih peribadi di gim. Sebab itu juga tiada jalan untuk orang betul-betul kenal. Sekarang saya hanya mahu fokus berlakon.
"Saya juga mahu kerjaya berkembang tanpa sebarang kontroversi," ujarnya.
Saya ada 'barang' itu
MUHSIN NADZLI
PELAKON
Sementara itu, bercakap tentang watak Rio dalam filem Impak Maksima 2, Muhsin akui sedikit bimbang untuk melihat respons ibu bapanya apabila melihat salah satu babak di mana dia berpesta di kelab malam.
"Saya takut sebab mereka tidak biasa dan saya bukanlah orang yang begitu dalam kehidupan harian. Bimbang jika ibu bapa tidak selesa dengan babak sebegitu.
Muhsin sebagai Rio dalam Impak Maksima 2.
"Sebagai pelakon saya kena biasakan diri, dan ibu bapa saya juga akan faham pada masa akan datang. Saya pun tak tahu watak bagaimana yang akan diterima" jelasnya.
Selain Muhsin filem arahan Dr Ahmad Idham itu turut menampilkan pelakon lain seperti Arfie Shah, Nelissa Nizam, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar serta Fad Bocey.
Filem tersebut akan mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula 17 Julai ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube