suria

Amelia Christie kembali single, cari lelaki baik hati dan sopan santun

Amelia terlihat gembira semasa ditemubual.

ENGGAN terus buat orang ramai berteka-teki, pelakon Amelia Christie mengesahkan dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan aktor Sharnaaz Ahmad.

Amelia, 24, berkata, dia kini kembali solo malah tidak mempunyai masalah menjawab pertanyaan mengenai status hubungannya.

"Saya single. Saya okay dengan soalan itu sebab kita kena bagi tahu kita single," katanya.

amelia 5

Amelia selesa berkongsi status diri.

Amelia berkongsi perkara itu semasa ditemu bual satu jenama tudung yang mengambilnya sebagai model.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu juga dapat didengari suara menyatakan Amelia seakan mempromosikan dirinya.

"Eh sempat menjual," ujar mereka.

Dalam pada itu, dia juga mengakui mengidamkan seorang lelaki baik dan sopan santun sebagai pasangan hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula kehidupan baharu, Amelia Christie fokus cintai diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku rasa hangpa salah faham ni” - Sharnaaz minta netizen jangan buat spekulasi hubungannya dengan Amelia

"Lelaki idaman saya adalah seorang yang bertanggungjawab, sopan santun dan baik hati," katanya ringkas.

Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Sharnaaz memilih tidak memberi sebarang komen berkaitan hal peribadi susulan dia dan Amelia saling 'unfollow' akaun Instagram.

Aktor itu sebaliknya memberitahu hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik selain ingin memberi fokus terhadap karier dan anak lelaki tunggalnya.

Bagaimanapun, kenyataan Sharnaaz mengundang rasa kurang senang netizen apabila menyifatkan aktor itu seperti mempermainkan hati Amelia.

amelia 1

Beberapa perkongsian Amelia beri bayangan mahu mulakan hidup baharu.

Enggan mengeruhkan keadaaan, Sharnaaz juga menjelaskan terdapat salah faham dalam kalangan netizen mengenai hubungannya.

Katanya, sejak awal lagi dia tidak pernah mengiyakan hubungan cinta mereka.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila Mohd Noor pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain