suria

Komposer berpaling tadah, tiada lagu raya Aliff Syukri tahun ini

Aliff harap peminatnya faham dengan situasinya.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri kecewa apabila hasrat ingin mengeluarkan lagu raya pada tahun ini terpaksa ditangguhkan.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata komposer bertanggungjawab menghasilkan lagunya berpaling tadah apabila menyerahkan karya untuk dia kepada kepada artis lain.

"Maafkan saya awak. Komposer saya buat tahi. Curi lagu saya kasi dekat artis lain.

Untitled design (3)

Luahan Aliff bersama wajah sedihnya yang kecewa.

"Maaf semua sebab saya kecewakan korang. Saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ini," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Selasa.

Dalam pada itu, dia juga kecewa apabila bakatnya tidak dihargai di Malaysia malah bertekad ingin membawa diri ke negara luar.

Dia juga percaya peminat-peminatnya bakal kecewa apabila dia tidak menghasilkan lagu raya tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri ada duit boleh minta komposer lain buatkan lagu, tak peduli Amy Ukays tarik diri

ARTIKEL BERKAITAN: Amy Ukays tak mahu lagi buat lagu raya untuk Aliff Syukri, kecewa sikap lupa diri... “Dia ingat dia bagus sangat?”

"Sebab saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya.

"Saya terpaksa membawa diri untuk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya.

"Maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu raya ini," luahnya.

2543276

Aliff sentiasa hiburkan rakyat Malaysia dengan lagu rayanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap ia merupakan satu perkhabaran yang baik.

Sebelum ini, Aliff memaklumkan dia bakal berkerjasama dengan komposer lain bagi menghasilkan lagu rayanya selepas Amy Ukays menarik diri.

Untuk rekod, Aliff pernah bekerjasama bersama Amy dalam beberapa buah lagu raya seperti La la Raya, Kelepok Raya dan Cak Cun Cak Raya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain