suria

Aliff Syukri ada duit boleh minta komposer lain buatkan lagu, tak peduli Amy Ukays tarik diri

Aliff tidak peduli jika Amy enggan cipta lagu buatnya.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil mengulas kenyataan komposer Amy Ukays yang memberitahu enggan lagi menghasilkan lagu raya baharu untuk jutawan kosmetik itu.

Tidak terkesan dengan dengan keputusan Amy itu, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata dia masih boleh bekerjasama dengan komposer lain bagi menghasilkan lagu baharu selepas ini.

"Dia (Amy) feeling... dia rasa dia seorang je ke boleh buat lagu? Poyo!

size NP 1 (30)

Amy dakwa Aliff sudah lupa diri buat dia enggan cipta lagu raya untuknya.

"Zaman sekarang tak kisah kau nak ke tak nak... yang penting ada duit.

"Orang menunggu lagu-lagu saya dan penyanyinya Aliff Syukri. Saya malaslah nak layan gosip-gosip murahan ni," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Aliff berkata jika Amy tidak mahu menerbitkan lagu untuknya, masih ramai lagi komposer lain yang berminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Amy Ukays tak mahu lagi buat lagu raya untuk Aliff Syukri, kecewa sikap lupa diri... “Dia ingat dia bagus sangat?”

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Aliff Syukri rakam lagu raya terbantut, kepala anak berdarah kena bucu tangga

Dakwa Aliff, Amy sengaja menmbangkitkan isu lagu ini kerana mahu menumpang popularitinya di media sosial.

"Satu komposer tolak seribu komposer datang... Saya ni artis kegemaran komposer dan semua penggiat seni Malaysia.

size NP 1 (35)

Aliff berkata masih ramai komposer lain mahu tawarkan diri cipta lagu untuknya.

"Dengan suara saya yang sedap ini tak payah nak pakai komposer popular atau macam dia (Amy) yang menagih populariti daripada saya.

"Saya nyanyi je terus orang meremang dengar suara saya yang sedap ni!" jelasnya.

Untuk rekod, Aliff pernah bekerjasama bersama Amy dalam beberapa buah lagu raya seperti La la Raya, Kelepok Raya dan Cak Cun Cak Raya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain