suria

Jual kereta untuk bayar hutang, sebak tengok isteri Ali Puteh menangis

Isteri Ali sebak melihat kereta milik mereka dijual.

ISTERI kepada pelawak Ali Puteh tidak dapat menahan sebak apabila melihat kereta jenis Honda Accord milik mereka terpaksa dijual bagi melangsaikan hutang.

Dalam video dimuat naik oleh rakan kepada pelawak tersebut, lelaki dikenali sebagai Pojie Pidon berkongsi momen Ali menenangkan isterinya iaitu Melati Fitri yang menangis selepas kereta milik mereka itu diserahkan kepada pembeli.

"Honda Accord sold! Terima kasih hamba Allah ini dari Johor Bahru, sangat mudah berurusan.

Ali berusaha gigih menjual barangan peribadi untuk melangsaikan hutang.

Ali berusaha gigih menjual barangan peribadi untuk melangsaikan hutang.

"Moga ada rezeki lain untuk Ali dan isteri," katanya.

Dalam pada itu, Pojie turut memberitahu kesemua trofi kemenangan Ali menerusi program lawak juga sudah berjaya dijual.

Kata Pojie lagi, Ali terlalu sayang untuk melepaskan hadiah yang diperolehi, namun dia percaya ada rezeki lain yang akan diterima oleh sahabatnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh menangis kenang fitnah terhadapnya, anak pula kena ejek di sekolah - "Bapa kau makan harta anak yatim"

ARTIKEL BERKAITAN: 'Malas layan' sebab Hidayah sudah dapat bayaran faraid, Ali Puteh tak makan harta anak yatim

"Sayang memang sayang, terjual semua piala kenangan (program lawak). InsyaAllah ada rezeki lain," ujarnya.

Difahamkan, tindakan Ali menjual barangan peribadi miliknya adalah untuk mendapatkan wang bagi melunaskan hutang kepada kakak iparnya iaitu Nurhidayah Hamzah.

Selain trofi dan kereta, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Ali tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak dijawab.

Antara trofi-trofi kemenangan yang berjaya dijual.

Antara trofi-trofi kemenangan yang berjaya dijual.

Sebelum ini menerusi temu bual bersama mStar, Ali berkata dia sedang berusaha untuk melangsaikan hutang dengan menjual motosikal dan mengumpul wang hasil jualan sambal.

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat olehnya di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab.

Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari tahun lalu memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain