suria

Puteri Sarah tak berdiam diri, saman pegawai pemasaran RM1 juta kerana fitnah

Puteri Sarah ambil langkah undang-undang senyapkan pemfitnah dirinya.

PELAKON Puteri Sarah Liyana menfailkan saman terhadap seorang pegawai pemasaran bernama Nazatul Nazira yang didakwa menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan sebelum ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Sarah memuat naik notis tuntutan kenyataan fitnah dibuat wanita itu selain menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi.

Dalam notis yang dikongsi kepada umum itu, terdapat lima bukti kenyataan dibuat sebelum ini antaranya adalah menuduh Puteri Sarah mengambil dadah, menggelar Puteri Sarah seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja-pekerja.

sarah22

Puteri Sarah teruskan tindakan saman terhadap Nazira.

Dalam notis tuntutan itu juga, individu berkenaan diminta menarik semula kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktres berkenaan.

Malah, Sarah juga menuntut perintah injuksi bagi menghalang pihak berkenaan menerbitkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut.

Sementara itu, Sarah menerusi ruangan kapsyen menulis satu peribahasa sesuai menggambarkan situasi sedang dihadapinya kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Saling tuduh menuduh... Puteri Sarah jumpa peguam, mahu fail saman terhadap pegawai pemasaran

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah sudah macam peminta sedekah, usaha dapatkan kembali RM26,000 belum berjaya

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, Sarah menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok mendedahkan seorang individu membawa lari wang berjumlah RM26,000 sebagai gaji tanpa melaluinya terlebih dahulu.

Kata Sarah, dia bekerjasama dengan individu berkenaan sejak Oktober tahun lalu bagi menjalankan pemasaran produk namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard diharapkan.

084148eglvzlstjskl2nvd

Pendedahan Puteri Sarah mengenai dirinya ditipu sebelum ini.

Malah, Sarah juga memaklumkan dia terpaksa menagih bagi mendapatkan semula wang berkenaan.

Bagaimanapun wanita berkenaan tampil dalam program Melodi dan mendakwa dia sebenarnya yang menjadi mangsa di sebalik semua dakwaan aktres itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain