suria

Selepas jual barangan peribadi, Ali Puteh berjaya kumpul RM75,000

Ali bersyukur dapat mengumpul wang untuk bayar hutang.

HASIL menjual barangan peribadi dan produk makanan, pelawak Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM75,000.

Wang berkenaan dipercayai akan digunakan untuk membayar tuntutan saman yang dibuat oleh balu kepada Allahyarham abangnya Abam iaitu Nor Hidayah Hamzah.

"Siap! Terima kasih atas doa, terima kasih semua rakyat Malaysia. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda.

ali puteh 3

Ali menjual kereta miliknya.

"Terima kasih yang membeli barangan saya. Sudah cukup RM75,000," katanya.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, menulis perkara tersebut di laman TikTok miliknya pada Khamis.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat yang turut sama berkongsi rasa gembira dengan usaha yang dilakukan oleh Ali itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual kereta untuk bayar hutang, sebak tengok isteri Ali Puteh menangis

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh menangis kenang fitnah terhadapnya, anak pula kena ejek di sekolah - “Bapa kau makan harta anak yatim”

"Selesai hutang, move on. Ramai yang menantikan hidup baru awak.

"Bayarlah dan selesailah semua masalah. Semoga dimurahkan rezeki Ali sekeluarga.

"Kami tunggu Ali serahkan duit pada sebelah sana tu," komen netizen.

ali1 - 1

Trofi kemenangan yang dijual Ali untuk kumpul duit.

Ali sebelum ini terpaksa menjual sebuah kereta jenis Honda Accord miliknya bagi mengumpul wang bagi membawar hutang berkenaan.

Dia juga dilihat turut menjual barang peribadi termasuk trofi kemenangan dalam program televisyen yang pernah disertai sebelum ini termasuk Maharaja Lawak Mega.

Selain trofi dan kereta dia juga melepaskan sebuah motosikal jenis RXZ berwarna merah.

Sebelum ini Hidayah mendedahkan Ali masih belum menjelaskan hutang kepadanya berjumlah RM76,000.

Jumlah tersebut juga termasuk ganti rugi yang ditetapkan mahkamah selepas Ali kalah tuntutan saman fitnah yang difailkan oleh Hidayah pada Mei 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain