suria

“Aku rasa hangpa salah faham ni” - Sharnaaz minta netizen jangan buat spekulasi hubungannya dengan Amelia

Hubungan Sharnaaz dan Amelia terus menjadi perhatian ramai.

NAMPAKNYA gosip cinta pelakon Sharnaaz Ahmad dengan aktres baharu Amelia Christie terus menjadi bualan hangat peminat.

Gosip cinta mereka menjadi lebih hangat selepas timbul laporan mendakwa kedua-dua pelakon ini tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Tampil menjelaskan salah faham berhubung isu itu, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, berkata sejak awal lagi dia tidak pernah mengiyakan hubungan cinta mereka.

sharnaaz 3

Sharnaaz berharap kisah dia bersama Amelia tidak menjadi bualan ramai.

Malah, apa yang diperkatakan olehnya dalam temu bual sebelum ini hanyalah untuk menghormati pertanyaan yang diajukan oleh rakan media.

"Saya rasa korang (netizen) salah faham ni. Apa yang saya jawab itu untuk wartawan bukan untuk korang di luar sana.

"Dari awal pun saya tak pernah iyakan pada wartawan fasal saya dan Amelia... Macam mana nak kata putus?

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Saling ‘unfollow’ di Instagram, Sharnaaz Ahmad jawab status hubungan dengan Amelia Christie

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku nak peluk kau brother” - Sharnaaz faham perasaan Fizi Ali, minta jangan pisahkan bapa dan anak

"Jadi pada yang tahu dan nampak saya dengan Amelia, yang tahu cukuplah setakat itu," katanya.

Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada malam Selasa.

Dalam pada itu, pelakon filem The Original Gangster ini turut berharap kisah dia dan Amelia tidak lagi menjadi sorotan ramai.

Jadi pada yang tahu dan nampak saya dengan Amelia, yang tahu cukuplah setakat itu

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Kata Sharnaaz, dia sudah tidak mahu terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Nak canang kisah hidup bukan cara saya lagi. Wartawan tanya saya cuba jawab sehabis baik.

"Saya berharap perkara ini berhenti setakat ini sahaja. Doa yang baik-baik buat saya dan semua orang," ujarnya.

Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Sharnaaz memilih tidak memberi sebarang komen berkaitan hal peribadi susulan dia dan Amelia saling 'unfollow' akaun Instagram.

sharnaaz 2

Sharnaaz mohon doa untuk kebaikan dia dan Amelia.

Aktor itu sebaliknya memberitahu hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik selain ingin memberi fokus terhadap karier dan anak lelaki tunggalnya.

Bagaimanapun, kenyataan Sharnaaz mengundang rasa kurang senang netizen apabila menyifatkan aktor itu seperti mempermainkan hati Amelia.

Dakwa netizen, Sharnaaz sudah sering membawa Amelia keluar termasuklah bercuti di Jepun bersama bekas isteri aktor itu iaitu Nabila dan anak tunggal mereka Jebat Jayden pada Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila Mohd Noor pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain