suria

[V] Raja Farah tak merajuk, rindu dunia lakonan... Kini sedang hamil anak keempat

HAMPIR 15 tahun dilihat menyepi daripada dunia lakonan, pelakon Raja Farah berkata dia tidak pernah memberikan kata putus ingin meninggalkan industri seni.

Meskipun fokusnya kini adalah menguruskan keluarga, Farah atau Raja Farah Raja Aziz, 36, mengakui ada kalanya dia rindu untuk kembali aktif berlakon.

"Saya memamg tidak aktif berlakon dan sekarang hanya aktif tugas sebagai ibu selain perniagaan. Rasanya hampir 15 tahun saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

raja farah 2

Farah kini lebih fokus uruskan keluarga.

"Saya tidak menutup pintu untuk terus berlakon. Tidak mustahil suatu hari nanti akan kembali aktif. Cuma perlulah mengikut kesesuaian dan keizinan suami.

"Berlakon sudah sebati dengan jiwa saya, jadi susah untuk tinggalkan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Farah berkata tiada istilah merajuk dalam dirinya meskipun mungkin ada yang sudah mula lupa namanya sebagai seorang pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sebab barang terlarang, Alya Iman berdepan gangguan tidur sejak kecil... Kongsi cerita bomba datang rumah

Kata Farah lagi, antara faktor dia memperlahankan kerjaya seni dahulu adalah disebabkan tidak banyak drama atau filem sesuai dengan penampilannya sebagai seorang wanita berhijab.

"Sejak mula penghijrahan saya memang sudah tidak banyak tawaran yang diterima. Mungkin ketika itu tidak banyak skrip untuk wanita bertudung. Jadi tiada istilah merajuk dengan industri seni.

Sejak mula penghijrahan saya memang sudah tidak banyak tawaran yang diterima

RAJA FARAH

PELAKON

"Kemudian ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, sebab itu saya semakin tidak aktif berlakon.

"Dalam masa sama ada juga rasa lega kerana anak-anak tidak terkena tempias dunia glamor dan mereka boleh menikmati kehidupan kanak-kanak seperti biasa," ujarnya.

Farah yang kini hamil cahaya mata keempat juga memberitau dia mungkin tidak akan kembali aktif dalam masa terdekat memandangkan anak-anaknya masih kecil.

raja farah 3

Farah tunggu masa sesuai untuk kembali aktif.

Dalam masa sama, dia juga enggan menimbulkan sebarang masalah dengan pihak produksi yang terpaksa mengikut jadualnya untuk tujuan penggambaran.

"Sekarang usia kandungan saya sudah masuk lima bulan. Kalau nak berlakon pun bukan dalam masa terdekat. Tunggulah anak besar sedikit.

"Saya juga tidak mahu susahkan produksi kerana perlu ikut jadual saya. Jadi apabila sudah bersedia nanti saya akan kembali aktif," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain