suria

“Berani kerana benar” - Ruhainies yakin tak salah, tetap kerja ketika berdepan kontroversi

Ruhainies yakin tidak terlibat dengan kes khalwat seperti yang didakwa.

KONTROVERSI menghimpit dirinya kini tidak pernah menghalang pelakon Ruhainies untuk terus memberi tumpuan kepada karier seni.

Demi komitmen dan tanggungjawab, Ruhainies atau Nur Ruhainiess Farehah Zainul Ilyas, 32, tetap meneruskan kehidupan seperti biasa termasuk menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.

Kata pelakon itu, dia tidak perlu takut kerana berada di pihak benar dan bukan seperti diperkatakan.

ruhainies 67

Ruhainies ketika menjalani penggambaran promosi sebuah festival jualan.

"Saya komited pada kerja. Lagipun saya dipihak yang benar, tidak perlu takut.

"Berani kerana benar," katanya.

Ruhainies berkongsi perkara itu dalam satu video bersama usahawan Datuk Aliff Syukri ketika mereka sedang menjalani rakaman promosi sebuah festival jualan.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Agama sangkal kes khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies gimik, Jawi tiada kompromi terhadap selebriti

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dan Ruhainies tampil mohon maaf, bakal perjelas kejadian sebenar ditangkap khalwat

Dalam video berkenaan, Aliff bertanya tentang kekuatan Ruhainies berdepan dugaan dan kecaman apabila banyak pihak terus menghentam dia susulan kes ditangkap berkhalwat bersama pelakon Aliff Aziz pada Sabtu lalu.

Ruhainies juga sekali lagi menegaskan laporan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menunggu selama tiga jam ketika tangkapan di buat adalah tidak benar.

"Tiga jam itu hanya tokok tambah," jelasnya.

ruhainies 3

Ruhainies dan Aliff bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Sementara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya, Ruhainies turut mengucapkan selamat berpuasa sempena ketibaan bulan Ramadan.

Ruhainies dan Aliff ditahan pihak Jawi di sebuah kondominium mewah di ibu negara dan kemudian dibebaskan dengan jaminan pada pukul 2 petang hari sama.

Pasangan pelakon itu juga dilaporkan bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain