suria

Kucaimars hilang sebab fokus perniagaan, tampil lagu galau ‘Salah Hati’ buat peminat

Lagu Salah Hati ubati rindu peminat pada Kucaimars yang lama menyepi.

SETAHUN menghilangkan diri daripada radar dunia muzik, penyanyi Kucaimars menjelaskan dia memencilkan diri kerana memberi fokus kepada perniagaan yang diusahakan sebelum ini.

Kucaimars atau Amirul Husyairi Nani, 25, berkata, dia jumpa mengambil kesempatan itu untuk berehat seketika bagi mencari ilham lagu terbaharunya buat peminat.

Hasilnya, Kucaimars tampil dengan single terbaharu berjudul Salah Hati yang merupakan lagu pertama selepas beralih ke syarikat rakaman baharu iaitu Armani Entertainment Group (AEG).

"Sebagai permulaan Salah Hati adalah lagu pertama saya bersama AEG dan pihak pengurusan faham akan citarasa saya yang gemarkan lagu-lagu galau dari Indonesia," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

Kucaimars

Kucaimars ambil masa dua bulan siapkan lagu.

Berkongsi mengenai lagunya, Kucaimars berkata Salah Hati mengisahkan tentang sepasang kekasih yang mencintai orang lain sehingga akhirnya salah seorang daripada mereka kecewa.

Malah dia juga mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan single terbaharu ini seklai gus berharap ia akan diterima ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucaimars terkejut Cik B beri respon positif, dah lama simpan hasrat nak 'melamar' - “Dalam kepala saya memang dia, tiada pilihan kedua”

ARTIKEL BERKAITAN: Kucaimars dituduh 'kaki perempuan' - “Apa yang didakwa itu tiada bukti!”

“Saya mengambil masa selama 2 bulan untuk menyiapkan single ini kerana mahukan sebuah karya yang betul-betul bermutu dan sedap didengar oleh semua.

“Penggambaran video muziknya (MV) tidak mengambil masa yang lama dan dijalankan di pesisir pantai menggambarkan perasaan yang galau, konsepnya simple dan mudah difahami oleh penonton.

“Saya berharap agar pendengar Malaysia atau luar boleh menerima genre galau versi moden yang saya bawakan dan jangan lupa teruskan menyokong kerjaya saya sampai bila-bila," ujarnya.

Kucaimars 1

Kucaimars harap lagu Salah Hati diterima penonton.

Sementara itu, Pengasas & Ketua Pegawai AEG, Datuk KK Chua berharap bakat Kucaimars akan terus menyerlah semasa di bawah syarikat rakamannya.

“Kucaimars merupakan penyanyi pelapis negara yang berbakat dan harus diberi perhatian, di AEG kami membuka peluang kepada mereka yang mempunyai potensi untuk pergi jauh dalam industri muzik tempatan.

“Semoga perjalanan Kucaimars bersama-sama AEG akan membuahkan hasil pada masa-masa akan datang," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain