suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Sitism’ kejutan Siti Nurhaliza buat peminat, ada maksud di sebalik nama album baharu

Siti teruja beri bayangan mengenai album baharunya.

PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan apabila mengumumkan bakal melancarkan album solonya yang ke-20 berjudul Sitism pada 30 Jun ini.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata, Sitism merupakan hadiah buat peminat yang setia sepanjang 28 tahun penglibatannya dalam industri muzik tempatan.

"Tak sabar menantikan album terbahru saya di platform digital pada 30 Jun 2023. Buah tangan istimewa daripada saya, Sitism," katanya.

Berita itu dikongsi Siti menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa video mengenai keterujaannya tentang album terbaharunya itu.

Siti 2

Siti beri bayangan tentang bakal keluarkan album baharu.

Dalam pada itu, Siti berkata, makna disebalik Sitism adalah merupakan gabungan namanya bersama istilah lingustik.

Kata Siti, ia turut membawa maksud kewibawaan dirinya sepanjang berkarya dan membuat persembahan sepanjang bergelar seorang penghibur.

"Siti diambil daripada nama Siti Nurhaliza manakala imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan serta ideologi.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza setuju dengan Syafinaz... Nadeera ada suara hebat tapi sayang kurang sokongan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Konsert Satu Suara Datuk Seri Siti Nurhaliza Vol.3’ meriah, tiket ‘sold out’ saat akhir... TokTi siap belanja lagu baharu untuk peminat

"Sitism atau Siti-ism mewakili ciri khas dan kualiti yang terdapat dalam suara, karya, persembahan dan penampilan Siti Nurhaliza di dalam album terbaharu ini," kongsinya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya turut teruja tentang album berkenaan.

Namun ada peminat yang menggelarkan diri mereka Sitizoners bimbang sekiranya album tersebut menjadi buah tangan terakhir daripada penyanyi nombor satu negara itu.

Siti 1

Siti kongsi maksud Sitism yang baka menjadi judul albumnya.

"Setiap teaser yang keluar aku menjadi semakin gementar. TokTi! Kami nak tahu lagu apa dalam album itu.

"Saya suka akan nama album baharu Tokti ini. Ada gaya dan moden. Maksudnya pun sangat bagus dan indah. Kreatif dan unik apabila digabungkan dua perkataan menjadi satu gabungan.

"Sekiranya ini merupakan album hadiah yang terakhir dari seorang biduanita Siti Nurhaliza, semoga buah tangan daripada hati ini meninggalkan kesan yang paling manis yg tidak mungkin semua lupakan sampai bila-bila," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain