suria

Hero Remaja Alif Muhaimin sah bergelar suami Nur Fatin Alissa dengan sekali lafaz

Alif dan Fatin Alissa sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

PELAKON Alif Muhaimin sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Nur Fatin Alissa Azam, 21, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.59 pagi pada Sabtu.

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada majlis yang diadakan di Ghazi House, Hulu Langat, Selangor.

Alif atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, 28, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Azam Abdullah di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Masjid Al Ehsan Sungai Serai, Hulu Langat iaitu Ahmad Khaliq Ahmad Rasid.

WhatsApp Image 2023-06-24 at 11.57.30 AM

Dengan sekali lafaz, Alif sah bergelar suami kepada Fatin Alissa.

Pada upacara pernikahan itu, Alif menyerahkan mas kahwin berjumlah RM15,000 dan sebentuk cincin.

Bekas juara Hero Remaja 2017/2018 itu turut memberi lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Muhaimin sudah bertunang Oktober lalu, berdepan pelbagai ujian termasuk rumah terbakar

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah hangus dijilat api, Alif Muhaimin insaf dan kagum potongan ayat al-Quran masih elok

"Alhamdulillah syukur majlis hari ini berjalan dengan baik dan besar harapan saya agar semua orang dan peminat mendoakan kebahagiaan kami sehingga ke akhir hayat," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Alif dan Fatin Alissa akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri di lokasi sama pada malam Sabtu selain satu lagi resepsi yang akan diadakan di sebuah hotel di Klang pada Ahad.

Untuk rekod, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Oktober 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain