suria

Fuad Rahman dedah isteri sedang hamil, Tom minta doa kandungan selamat

Fuad berkongsi berita gembira isterinya kini hamil.

PENYANYI Fuad Rahman berkongsi khabar gembira apabila isterinya Tom sedang hamil anak pertama mereka selepas mengalami keguguran tiga bulan lalu.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, berkata, dia dan Tom mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan beberapa hari lalu selepas penyanyi itu mengalami alahan.

"Tiga bulan lepas isteri saya keguguran dan Alhamdulillah selepas buat pemeriksaan doktor sebab asyik mengalami alahan, Tom disahkan sedang hamil.

"Usia kandungan sudah memasuki usia sebulan," katanya.

fuad rahman 1

Tom mengalami alahan teruk yang membuatkan dia membuat pemeriksaan kehamilan.

Fuad mendedahkan perkara itu ketika bercakap kepada tetamu dalam sebuah majlis yang videonya dimuat naik Tom di Instastory miliknya pada Sabtu.

Sementara itu Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, memohon doa orang ramai agar kandungannya itu selamat dan dipermudahkan urusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom keguguran, sempat rakam video nak kongsi berita sedang hamil

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah bersih” - Dakwaan ditahan polis buat Fuad Rahman tersentak, lelaki bertatu digari mungkin pelanduk dua serupa

Dia yang berniat untuk merahsiakan perkara tersebut terpaksa berkongsi selepas suaminya itu mula buka cerita kepada umum.

“Alang-alang suami dah beritahu, saya minta doakan anak dalam kandungan ini sihat dan saya dapat melahirkan anak kami dengan selamat,” ujarnya.

Awal April lalu Tom berkongsi khabar duka apabila dia mengalami keguguran ketika usia kandungan tiga minggu.

fuad rahman 4444

Tom dan Fuad bersama anak-anak pada hari raya lalu.

Untuk rekod pasangan ini bernikah di Batam, Indonesia pada 26 Februari lalu.

Tom sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain