suria

“Saya dah bersih” - Dakwaan ditahan polis buat Fuad Rahman tersentak, lelaki bertatu digari mungkin pelanduk dua serupa

Fuad menegaskan dirinya tidak lagi terlibat dengan sebarang jenayah.

PENYANYI Fuad Rahman menyangkal dakwaan dia individu yang ditahan pihak berkuasa di Singapura baru-baru ini.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, berkata, dia hanya mendapat tahu tentang perkara itu apabila keluarga dan kenalan terdekat menghubunginya bagi mendapatkan pengesahan berhubung hal berkenaan.

"Bangun pagi banyak mesej masuk. Orang prihatin kepada saya, bertanya apabila ada nampak kononnya saya kena gari di Singapura.

"Saya sekarang sihat sahaja bersama anak-anak," katanya.

fuad rahman 1

Fuad kini bahagia menjalani kehidupan disamping isteri iaitu Tom.

Fuad yang berasal dari Singapura memaklumkan perkara tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di laman Istagram miliknya pada Sabtu.

Menurut Fuad lagi, kehidupannya ketika ini jauh lebih baik dan tidak lagi terlibat dengan jenayah seperti mana pernah dilaporkan sebelum ini.

Meskipun terkejut dengan gosip tersebut, Fuad bagaimanapun menganggap ia sebagai satu pesanan dan peringatan buatnya supaya menjauhi perkara tidak baik termasuk penyalahgunaan dadah.

"Minta dijauhkan semua itu. Zaman saya sudah berlalu dan saya tidak lagi macam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakan menari dalam kereta, Fuad Rahman dedah kisah di sebalik video tular... “Ada masa buat silap tapi masih ingat Allah”

ARTIKEL BERKAITAN: Tom dan Fuad Rahman sah bergelar suami isteri... ada sebab pilih nikah di Batam, Indonesia

"Apabila dapat berita macam ini, ia bagaikan satu peringatan bahawa saya betul-betul sudah berubah. Saya sekarang sudah 'bersih'," jelasnya.

Dalam masa sama bekas peserta Gegar Vaganza musim ke sembilan ini (GV9) turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah menyebarkan berita tidak benar tentang dirinya.

“Mungkin pelanduk dua serupa... normal terlihat orang bertatu digari macam saya.

“Kepada semua, mohon semak dahulu sebelum bercerita,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain