suria

Jemputan sudah dibuat, Noki terasa hati Tuju tak datang majlis kahwin MK

Anggota K-Clique bergambar bersama pasangan mempelai.

PENYANYI rap dan pelakon Noki tidak dapat mengelak daripada terasa hati apabila salah seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju gagal menghadirkan diri ke majlis pernikahan dan persandingan sahabat mereka MK.

Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 29, berkata, MK ada menghantar jemputan kepada Tuju namun kelibatnya langsung tidak kelihatan di kedua-dua majlis termasuk resepsi yang diadakan pada malam Sabtu.

"Saya tak mahu fikirkan sangat tapi kalau ikut logik, dia sahabat kami yang berkawan sejak dulu sepatutnya datang.

"MK ada beri jemputan ke majlis pernikahan dan kenduri hari ini," katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2023-06-17 at 11.18.36 PM

Noki mengakui rasa kecil hati dengan ketiadaan Tuju.

Noki berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis resepsi MK yang berlangsung di Hotel Wydham Acmar, Klang pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Noki memberitahu sebagai sahabat dia dapat memahami perasaan MK kerana dia sendiri berasa kecewa dan sedih apabila Tuju tidak hadir pada hari bahagia sahabat mereka.

"Saya nak komen banyak pun susah sebenarnya cuma jujurnya memang terasa biarpun bukan saya yang bersanding malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique dah jadi suami orang, selamat disatukan dengan Siti Hajaar

ARTIKEL BERKAITAN: Segak ahli K-Clique jadi ‘dulang boys’ tapi ketiadaan Tuju pula jadi perhatian... "Sampai hati tak datang majlis kawan"

"Sebagai sahabat saya faham perasaan mereka. Kecewalah, memang kecewa," ujarnya.

Tambah Noki, sudah enam bulan sejak kali terakhir mereka berkomunikasi dengan Tuju dan tidak menafikan berlaku sedikit salah faham sehingga hubungan mereka renggang.

"Kami memang tak ada hubunginya langsung sejak enam bulan lalu... Apa yang saya boleh katakan, kami memang ada sedikit salah faham yang rasanya susah sikit untuk diselesaikan," dedahnya.

Noki bagaimanapun tidak menolak sekiranya Tuju mahu kembali semula bersama K-Clique namun mengakui hubungan mereka mungkin tidak lagi akrab seperti dulu.

"Kami (K-clique) tidak ada masalah sekiranya Tuju ingin kembali tapi keakraban itu tidak akan jadi seperti dulu,” katanya.

Sebelum ini, penampilan Noki, Kdeaf, Somean, NastyNas dan Gnello segak mengenakan baju Melayu berwarna coklat cair menjadi dulang boys atau pembawa dulang semasa majlis pernikahan MK mencuri perhatian netizen.

Bagaimanapun, ketiadaan salah seorang ahli iaitu Tuju turut menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Pada Jumaat, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain