suria

[V] Buat laporan polis, Annie Ariffin minta produser Vik2toria Secret mohon maaf secara terbuka… Gosip kahwin AR Badul jejas maruah

PELAKON Annie Ariffin tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak Kuala Lumpur pada Khamis lalu susulan timbul gosip mengatakan dia sudah berkahwin dengan aktor veteran AR Badul.

Annie atau Shamila Annie Mohamed Ariffin, 35, berkata, dia juga meminta pihak penerbit filem Vik2toria Secret iaitu Richard Ung tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya kerana bertanggungjawab menyebarkan gosip berkenaan.

“Saya mahu dia buat permohonan maaf secara terbuka. Setiap kali saya bertanyakan hal ini, dia tidak menjawab. Malah soalan saya dipusing dengan jawapan lain.

annie ariffin 3

Annie membuat laporan polis sebagai pelindungan diri.

“Saya pun tidak tahu apa lagi rancangan dia selepas ini. Jadi sebab itu saya tampil membuat laporan polis untuk pelindungan diri,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini timbul gosip kononnya Annie dan Badul atau Armaya Aman Ramlie, 73, sudah berkahwin selepas mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran filem Vik2toria Secret.

Annie bagaimanapun sudah menafikan hal tersebut dan turut mendedahkan ia perancangan pihak produser sebagai gimik untuk mempromosikan filem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat mula bising konsert 4G's tangguh sejak 2020, Tomok bersama 3 rakan penyanyi buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa tagih wang sendiri, Nadya Syahera buat laporan polis selepas 6 bulan bersabar - “Sampai kena marah tuntut bayaran”

Tambah Annie sejak awal lagi dia tidak bersetuju dengan rancangan yang dibuat dan menganggap cerita sensasi begini adalah tidak perlu diadakan.

“Memang dia ada rancangan nak buat begini. Pada 21 Mei menerusi Whatsapp saya sudah katakan tidak setuju. Kemudian pada 30 Mei apabila berjumpa sekali lagi saya katakan perkara sama.

“Saya marah sebab dia buat perkara yang saya tidak suka. Sekarang ini pun dia seakan-akan rasa tidak bersalah. Mungkin dia sengaja mahu biarkan perkara ini berlarutan sedangkan ia sudah merosakkan maruah saya,” ujarnya.

Saya marah sebab dia buat perkara yang saya tidak suka. Sekarang ini pun dia seakan-akan rasa tidak bersalah

ANNIE ARIFFIN

PELAKON

Menurut Annie lagi cerita yang tersebar itu turut memberi kesan kepada keluarganya apabila ramai yang mula bertanyakan tentang kesahihan berita tersebut.

Dalam masa sama dia menegaskan hubungannya dengan Badul adalah sekadar rakan sekerja dan turut melihat pelakon itu seperti seorang bapa.

annie ariffin 1

Annie menunggu jawapan produser untuk memohon maaf.

“Saya tiada masalah dengan Badul. Saya anggap dia seperti bapa. Ketika di lokasi dia banyak memberi tunjuk ajar.

“Apabila cerita ini keluar ramai yang mula bertanya. Mestilah saya sendiri terkejut dan ia memberi kesan kepada keluarga saya juga. Isu kahwin ini adalah sesuatu yang sensitif,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain