suria

“Kami tak guna atas jalan” - Opai jawab isu nombor plat QPA1, katanya kenangan kahwin Fatin Afeefa

Opai tampil beri penjelasan berkenaan nombor plat kereta.

SUAMI kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai menafikan dakwaan kononnya dia dipanggil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.

Aliff memaklumkan dia tidak menerima sebarang panggilan berkenaan penggunaan nombor plat palsu pada kenderaan jenis McLaren berwarna hijau yang tular, baru-baru ini.

Jelas Aliff, dia hanya menggunakan nombor plat QPA1 sewaktu berkahwin dengan Fatin untuk tujuan merakamkan foto kenangan bersama.

opai1 - 1

Opai menjelaskan hanya menggunakan nombor plat itu bagi tujuan bergambar.

"Assalamualaikum, JPJ tidak ada memanggil saya pun, malah saya juga tidak menerima apa-apa surat atau panggilan daripada pihak mereka.

"Saya rasa kalau nak beri penjelasan pun, biasalah orang kahwin guna nombor plat fancy, nombor plat cantik-cantik. Letak nama sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Perlekeh kereta bukan kategori supercar undang padah, suami Fatin Afeefa tampil mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Padam gambar bersama suami di media sosial, Fatin Afeefa kongsi foto bertudung

"Atas jalan raya kami tak guna pun nombor plat tu," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, suami kepada aktres berkenaan juga memohon agar orang ramai tidak lagi mensensasikan isu berkaitan dirinya semata-mata untuk tujuan viral.

"Kami kahwin pun dah hampir setengah tahun. Viral pun lama dah. Jadi, janganlah nak kata kononnya JPJ panggil.

"Saya rasa sudah-sudahlah, orang Malaysia pun dah bosan dengar cerita Opai (panggilan Aliff).

"Orang nak guna nama saya pun sebab senang nak masuk FYP (for your page). Sebab apa? Sebab memang kita bagus. Assalamualaikum,” ujarnya.

opai2 - 1

Opai nafi dakwaan dipanggil JPJ.

Pada Ahad, media tempatan melaporkan JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada sebuah kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar.

Menurut JPJ, pemilik berdaftar nombor plat dan kenderaan berkenaan merupakan pihak yang berbeza.

Justeru, pemilik kereta tersebut dinasihatkan membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular di media sosial membabitkan seorang suami artis popular.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain