suria

Ubati kerinduan peminat, Nine beranikan diri gerak solo… Muncul lagu baharu sentuhan Ajai

Nine berani memulakan langkah baharu secara solo.

KEMBALI mengubati rindu peminat, penyanyi Nine yang sebelum ini merupakan anggota kumpulan Phyne Ballerz tampil dengan sebuah lagu baharu Rindumu Memanggilku.

Nine atau Mior Zulkarnain Mohd Zamhuri, 41, bagaimanapun memberikan satu kelainan kerana menyanyi secara solo tanpa anggota kumpulan lain.

Melihat ini sebagai satu permulaan baharu dalam kerjaya seni, Nine juga berharap kemunculannya itu dapat diterima baik oleh peminat muzik tempatan.

nine 3

Menyanyi secara solo dianggap sesuatu yang berbeza buat Nine.

"Perjalanan yang akan ditempuhi kali ini memang berbeza jika mahu dibandingkan dengan dahulu. Ini merupakan pengalaman baharu dan saya gembira untuk memperkenalkan nama Nine kepada peminat generasi baharu dan dalam masa yang sama melepas rindu peminat yang lama.

"Memang agak lama sebenarnya saya tidak hadir dengan produk baharu dan apabila diberikan kesempatan untuk merakamkan lagu ini, ia merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja," katanya.

Bercakap tentang proses rakaman lagu ciptaan Ajai ini, kata Nine ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana dia sudah berpengalaman dan tahu cara terbaik untuk mendalami maksud karya tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Majid kota janji, bawa konsert Big Band Live ke Kota Kinabalu

ARTIKEL BERKAITAN: Iwan tolak permintaan cipta lagu untuk penyanyi wanita, bertegas suara itu aurat

Dalam masa sama, penyanyi ini turut meluahkan rasa teruja dan bertuah kerana ini merupakan kerjasama pertama dia bersama komposer itu meskipun masing-masing sudah lama terlibat dalam dunia muzik.

"Ini merupakan kerjasama pertama saya dengan Ajai selaku komposer, pastinya saya berbesar hati dan gembira. Ini memang satu pengalaman yang menarik dan manis buat saya secara peribadi.

Ini merupakan pengalaman baharu dan saya gembira untuk memperkenalkan nama Nine

NINE

PENYANYI

"Sebagai penyanyi kita perlu mengkaji dahulu lagu berkenaan dan membuat latihan. Bila dah bersedia dengan semuanya, proses rakaman tak akan memakan masa yang panjang sebab kita dah bersedia.

"Saya berharap lagu ini akan diterima baik oleh pendengar memandangkan ia adalah hasil kerjasama semua pihak profesional yang mahu memastikan karya ini berkualiti," ujarnya.

nine 2

Nine teruja dapat merakamkan lagu baharu.

Lagu ini membawa kisah seorang lelaki yang kehilangan insan tersayang dalam sebuah perhubungan dan mula merasa rindu sehingga sukar untuk melupakan kenangan lama.

Namun bagi Nine karya ini bukan mahu memaparkan kesedihan sebeliknya sebagai semangat untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan seperti biasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain