suria

Siti Nurhaliza setuju dengan Syafinaz… Nadeera ada suara hebat tapi sayang kurang sokongan

Siti memuji kekuatan vokal Nadeera.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza bersetuju dengan komen dan pandangan diberikan oleh juri Datuk Syafinaz Selamat terhadap peserta Big Stage 2023 (BS2023) Nadeera Zaini.

Kata Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, Nadeera mempunyai kemahiran menyanyi yang bagus namun namanya kurang dikenali dalam kalangan peminat muzik tempatan.

"Setuju dengan Syafinaz. Nadeera mempunyai skill dan suara yang sangat bagus. Seangkatan Aina (Abdul) tapi rezekinya belum menyerlah.

syafinaz 1

Syafinaz berharap Nadeera mendapat lebih banyak sokongan peminat.

"Perlukan sokongan peminat muzik tanah air," katanya.

Siti menulis perkara tersebut menerusi perkongsian di laman Instastory miliknya ketika menyaksikan konsert minggu keempat BS2023 yang berlangsung pada malam Ahad.

Syafinaz yang bertindak sebagai juri jemputan ketika memberi komen memberitahu Nadeera tidak sepatutnya menyertai pertandingan sebegini yang lebih tertumpu kepada penyanyi baharu atau BBNU.

ARTIKEL BERKAITAN: Undi imuniti tidak dimanfaatkan dengan baik, Naufal Azrin tersingkir minggu ketiga Big Stage 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Sertai Big Stage sebab nak popular, Nadeera harap pertandingan terakhir selepas 6 kali cuba nasib

Menurutnya, Nadeera mempunyai kualiti vokal yang baik dan seharusnya bakat seperti ini diberi perhatian oleh lebih ramai peminat.

Pada konsert yang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam itu, Nadeera menyampaikan lagu Bunga Bunga Cinta yang dipopularkan oleh Misha Omar.

Menerusi persembahan bertenaga itu dia berjaya menduduki tempat keempat dengan jumlah markah 82 peratus.

putera muhammad 1

Persembahan Putera Muhammad juga mendapat pujian juri.

Dalam satu perkongsian lain, Siti yang juga merupakan juri Big Stage untuk edisi pertama, kedua dan keempat ini turut memuji persembahan Putera Muhammad yang menyampaikan lagu berjudul Kini (Feminin) dengan versi tersendiri.

"Dahsyat suara mamat ni ye," ujarnya.

Konsert keempat BS2023 menyaksikan peserta Meer Nash tersingkir selepas hanya memungut markah sebanyak 45.33 peratus dan disenaraikan pada kedudukan tiga terbawah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain