suria

Undi imuniti tidak dimanfaatkan dengan baik, Naufal Azrin tersingkir minggu ketiga Big Stage 2023

Naufal tersingkir di minggu ketiga.

UNDI imuniti yang diberikan juri pada minggu kedua Big Stage 2023 (BS2023) gagal dimanfaatkan Naufal Azrin apabila menjadi peserta kedua tersingkir pada konsert ketiga yang berlangsung pada malam Ahad.

Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 24, yang menyampaikan lagu Only nyanyian asal Lee Hi gagal memikat hati juri sehingga tersenarai pada kedudukan tiga terbawah pada akhir persembahan.

Penyingkitan Naufal diumumkan selepas gagal mendapat undian tinggi daripada penonton berbanding dua lagi peserta tercorot iaitu Meer Nash dan Coex.

naufal azrin 2

Persembahan Naufal kurang mendapat perhatian juri.

Juri jemputan, penyanyi Ernie Zakri berkata, persembahan Naufal tidak menunjukkan jalan cerita yang baik ketika persembahan memandangkan lagu didendangkan bukan dalam bahasa Melayu.

"Harap ada 'groove' lagi dalam nyanyian. Perlu ada stail dalam membuat persembahan.

"Kena tunjukkan gerak tubuh seperti bercerita kerana lagu ini bukan dalam bahasa Melayu," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Naufal Azrin rasa bersalah, sedih Isaac tersingkir ‘Big Stage’... Janji tiada lagi fesyen dedah tubuh

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai rantai, baju tayang bulu dada... Naufal Azrin sekadar ikut konsep persembahan, tak baca komen netizen

Selain Ernie, barisan juri juga terdiri daripad Aina Abdul dan Ajai selaku juri tetap.

BS2023 dihoskan oleh gandingan Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

putera muhammad 1

Putera Muhammad berjaya membawa pulang hadiah RM3,000 di minggu ketiga.

Sementara itu Waode berjaya menduduki tempat pertama menerusi nyanyai lagu Sang Dewi.

Manakala Putera Muhammad berjaya pulang Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik yang membawa pulang hadiah bernilai RM3,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain