suria

MK sifatkan hadir kursus perkahwinan tambah ilmu, perjelas gosip kini tunang Siti Hajar

Hadiri kursus kahwin sebagai satu persediaan buat MK.

ANGGOTA kumpulan K-Clique iaitu MK menyifatkan penularan video dia menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini sebagai tiada apa yang perlu diperbesarkan.

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, sebaliknya berkata dia sekadar mempersiapkan diri untuk masa depan dan meminta doa peminat agar urusan ke arah perkahwinan dipermudahkan.

"Tak salah pun saya pergi kursus kahwin. Itu kan untuk tambah ilmu demi masa depan. Insya Allah doakan yang baik-baik,” katanya ringkas ketika dihubungi mStar pada Ahad.

mk 3

MK mohon doa ramai agar dipermudahkan urusan jodoh.

Sebelum ini kecoh kononnya MK bakal menamatkan zaman bujang apabila dilihat menghadiri kursus perkahwinan dan sebelum itu memuat naik gambar berukuran pasport lengkap bersongkok di Instagram.

Menerusi video yang dimuat naik akaun TikTok @mista_bryan801, MK yang memakai kemeja putih dipanggil ke hadapan oleh penceramah untuk melakukan sesi latihan adegan akad nikah.

Apa mencuri perhatian apabila nama Siti Hajar Sheikh Nordin disebut MK ketika mengadakan latihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video MK hadir kursus kahwin tular, siap dipanggil penceramah buat latihan akad nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto pasport siap bersongkok, peminat serbu IG MK K-Clique... Mohon doa dipermudahkan

Dalam pada itu, menjelaskan dakwaan sudah bertunang dengan Siti Hajar, MK menjelaskan ia hanyalah sekadar majlis rumah terbuka bersempena Aidilfitri.

Pun begitu, MK tidak menafikan sedang mempersiapkan diri ke arah itu dan meminta peminat menitipkan doa buatnya.

Kalau ada berita baik nanti, saya akan kongsikan

MK K-CLIQUE

PENYANYI

"Itu hanya majlis open house. Sekarang ini saya sedang mempersiapkan diri ke arah lebih baik. Saya mohon doakan sahaja," katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Pulang ini menegaskan dia tidak akan menyembunyikan jika ada khabar gembira berhubung perkahwinannya.

"Kalau ada berita baik nanti, saya akan kongsikan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain