suria

[V] Naufal Azrin rasa bersalah, sedih Isaac tersingkir ‘Big Stage’… Janji tiada lagi fesyen dedah tubuh

LAYAK meneruskan saingan di pentas Big Stage musim kelima (BS5) selepas juri iaitu Ajai dan Aina Abdul menggunakan Imuniti X, penyanyi Naufal Azrin mengakui rasa bersalah terhadap Isaac Voo yang tersingkir pada minggu kedua yang berlangsung Ahad malam.

Menurut Naufal atau Ahmad Naufal Azrin ,23, dia pada awalnya reda selepas nama disebut sebagai individu pertama tersingkir namun tidak menyangka berlaku perubahan di saat-saat akhir.

"Serba salah ada, agak berat sebenarnya tapi saya ambil yang positif dan menerima dengan hati terbuka. Saya akan buat persembahan yang lebih baik untuk minggu seterusnya.

"Bila nama saya keluar saya anggap tak ada rezeki di Big Stage.

ASTRO_5340

Naufal pasrah jika tersingkir.

"Tapi bila Abang Ajai guna Imuniti X, Alhamdulillah terselamat tapi pada masa sama bersedih sebab Isaac tersingkir," katanya.

Naufal berkongsi perkara itu selepas tamat BS5 minggu kedua yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, Naufal juga meminta maaf kepada peminat Isaac di aytas penyingkiran peserta kegemaran mereka, namun dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik sebagai balasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isaac Voo peserta pertama tersingkir ‘Big Stage 5’, juri guna Imuniti X selamatkan Naufal Azrin

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal berani labur jutaan ringgit untuk ‘Big Stage’, jadi artis pertama taja program nyanyian

Katanya, persembahan minggu depan akan menjadi satu bebanan berat buat dirinya kerana perlu memuaskan hati ramai pihak.

"Saya minta maaf kepada peminat Isaac, saya tiada niat pun. Saya memang rasa saya yang akan terkeluar tapi tak tahu macam mana Isaac yang terkeluar.

"Saya minta maaf, saya janji saya akan bayar minggu depan," ujarnya.

Mengulas mengenai aksi persembahannya sehingga menampakkan sebahagian tubuh dan lengan, Naufal berkata itu semuanya hanyalah untuk menjayakan pentas BS5.

Aksi koyak baju hanya sekadar persembahan.

"Saya masih lagi orang Islam dan solat lima waktu. Itu hanya persembahan saya untuk jadi lebih baik. Ada kena mengena juga apa yang saya pakai dan apa saya bawa untuk keyakinan saya.

"Saya minta maaf kepada peminat saya kerana tak dapat jadi seperti apa yang mereka mahukan. Minggu depan tak ada lagi buka sana-sini," jelasnya.

BS5 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain