suria

Wawa Zainal berani labur jutaan ringgit untuk ‘Big Stage’, jadi artis pertama taja program nyanyian

Wawa dan Aeril Zafrel anggap bertindak sebagai penaja juga merupakan satu taruhan.

PELAKON dan usahawan Wawa Zainal sanggup mengeluarkan belanja jutaan ringgit sebagai penaja program Big Stage musim kelima (BS5) yang mula bersiaran pada malam Ahad.

Kata Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, melabur dalam program hiburan sebegitu merupakan satu taruhan besar yang perlu dilakukan bagi menaikkan lagi jenama perniagaannya.

"Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas.

wawa

Wawa sanggup keluar modal jadi penaja BS5.

"Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, ia ibarat satu pertaruhan berani daripada kami," katanya.

Tambah pengusaha jenama Wawa Cosmetics ini, dia dan suami iaitu pelakon Aeril Zafrel sudah banyak kali ditawarkan untuk menjadi penaja oleh beberapa stesen televisyen lain.

Namun ketika itu Wawa belum bersedia selain menganggap tawaran kali ini sebagai satu rezeki yang datang tepat pada waktunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal terkejut dituduh potong gaji pekerja, stres nama kena petik... “Kami kerap bagi staf bonus”

ARTIKEL BERKAITAN: Rina Nose kekok mengacara Big Stage 5, susah nak ‘tangkap’ percakapan Elly Mazlein

Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas

WAWA ZAINAL

PELAKON/USAHAWAN

"Sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.

"Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju," jelasnya.

Wawa juga menjadi artis pertama bertindak sebagai penaja program sebegini yang mana sebelumnya banyak dimonopoli oleh usahawan kosmetik.

big stage 1

Elly dan Rina bertindak sebagai pengacara BS5.

Dia juga berharap dengan kerjasama kali ini dapat memberi satu impak besar terhadap program berkenaan selain perniagaan miliknya.

"InsyaAllah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring," ujarnya.

BS5 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam di kendalikan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose sebagai pengacara.

Antara peserta yang bertanding kali ini adalah Aufa Haniee, kumpulan COEX, Nadeera Zaini, Puteri Khareeza, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Putera Muhammad dan duo Dem Lepak Boy.

Tiga peserta dari luar negara pula adaah Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura) dan Hoondoo (Korea Selatan).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain