suria

Anwar hadir tayangan perdana filem ‘Anwar, The Untold Story’… Laungan reformasi gamatkan pawagam

Anwar hadir beri sokongana filem Anwar, The Untold Story pada Isnin.

TAYANGAN perdana filem biopik Anwar, The Untold Story yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada malam Isnin meriah dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar dan isteri tiba di pawagam berkenaan kira-kira pukul 8 malam diraikan oleh ratusan penonton yang sudah menanti kehadirannya sejak petang.

Kehadiran Perdana Menteri kesepuluh Malaysia itu disambut meriah dengan sorakan ‘Reformasi’ daripada pengunjung yang hadir.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari doa Anwar jadi PM... Farid Kamil ambil risiko berlakon filem 'Anwar, The Untold Story'

ARTIKEL BERKAITAN: Untung Acha Septriasa dapat hadiah gelang tasbih, rasa masakan Wan Azizah

Selain Anwar, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil juga turut dilihat hadir sama bagi memberikan sokongan buat filem yang mengangkat tokoh perjuangan politik itu.

Majlis tayangan perdana itu diserikan lagi dengan kehadiran barisan selebriti terkenal tanah air termasuk Datuk Yusof Haslam, Datuk M Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fauziah Datuk Ahmad Daud, penerbit David Teo dan penulis lirik Habsah Hassan.

Farid has met Anwar twice to speak about his role in the biopic. Seen here are Azizah (right) and Acha (second from right). — Farid Kamil/Instagram

Farid Kamil dan Acha Septriasa pelakon utama filem ini.

Anwar, The Untold Story mengisahkan tentang jatuh bangun perjuangan Anwar Ibrahim dalam dunia politik terutama melawan rasuah.

Filem yang diusahakan pembikinannya sejak Ogos 2011 ini mengambil latar masa sekitar tahun 1993 sehingga September 1998.

Selain Malaysia, filem yang dibintangi oleh Farid Kamil, Acha Septriasa dan Hasnol Rahmat itu juga bakal ditayangkan di beberapa negara termasuk Brunei dan Singapura.

Anwar, The Untold Story bakal ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula 18 Mei ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain