suria

Kak KM tetap sayang netizen walau jadi bahan kecaman, tapi hati tergores bila anak turut jadi mangsa 

Kak KM tidak mahu anaknya terpalit dengan kecaman netizen.

USAHAWAN sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM tidak pernah ambil peduli dengan kelantangan netizen menghetam dirinya di media sosial.

Bagaimanapun sebagai ibu kepada empat cahaya mata ini mengakui hatinya terguris dan sedih setiap kali netizen mengecam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anak-anaknya.

"Memang terasa sebab Nabila dan Raina pun orang sudah mula bercakap fasal pakaian mereka sampai ada kata mereka jadi begitu disebabkan saya.

"Kalau nak bercakap fasal ibunya, saya tak kisah tapi kalau sentuh tentang anak-anak saya jadi sensitif... tapi setakat geram sahajalah, tak akan pula nak pergi 'bantai' mereka di media sosial," katanya kepada mStar.

kakkm1 - 1

Kak KM bersama suami dan empat anak mereka pada sambutan hari raya.

Kak KM meluahkan mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis rumah terbuka pasangan penyanyi kembar, AshaHanim yang diadakan di Glam Hall, Damansara pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, penampilan anak perempuannya iaitu Nabila Razman, 20, sering mengundang rasa kurang netizen apabila dikatakan memakai pakaian yang menjolok mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM 'back up' pakaian seksi anak, tak peduli kecaman netizen... "Bagi saya baju itu biasa sahaja"

ARTIKEL BERKAITAN: "Tunggu surat saman!" - Kak KM bengang ada individu 'cari makan' guna muka dan videonya

Dalam pada itu, Kak KM berkata, dia turut berpesan kepada anak-anaknya untuk menjaga pemakaian agar tidak menjadi bahan kecaman netizen.

Usahawa itu bagaimanapun tidak mengambil serius komen diberikan sebaliknya mengakui amat menghargai netizen yang banyak membantu menaikkan namanya meskipun mendapat banyak kecaman.

"Ada juga saya pesan dekat Nabila bila berpakaian 'cover' sikit sebab nanti bukan sahaja dia yang kena tetapi saya... tapi biasanya saya cakap sambil bergurau untuk tidak buat dia terasa hati.

Komen netizen jarang saya ambil pusing sebab memang mereka ada hak bercakap.

LIANA ROSLI @ KAK KM

USAHAWAN

"Komen netizen jarang saya ambil pusing sebab memang mereka ada hak bercakap. Lagipun saya sayang dengan mereka baik pengikut atau pun haters saya.

"Disebabkan mereka juga saya berada di mana saya berada sekarang. Kalau tak ada mereka, siapa yang kenal kita kan," jelasnya.

Mengulas lanjut tentang masa depan anak-anak, Kak KM juga memberitahu dia tidak bersetuju jika anak perempuannya mahu mendirikan rumah tangga sebelum menamatkan pelajaran.

kakkm2 - 1

Kak KM mengakui terguris hati apabila ada orang bercakap buruk tentang anaknya.

Jelasnya, dia tidak pernah menghalang anak-anak untuk bercinta, tetapi biarlah pandai menjaga diri dan menamatkan pelajaran terlebih dahulu.

"Saya terang-terang cakap dengan dia yang saya tidak bersetuju kalau dia nak berkahwin awal... belajar kena habis dulu.

"Berkawan tak kisah sebab kalau kita nak halang, dia menipu belakang kita lagi sakit hati. Orang pula kenal dia, kenal saya.

"Satu saja yang saya selalu pesan, tolong jaga air muka saya. Tolong jaga perangai, cukup saya saja yang kena kecam,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain