suria

“Tunggu surat saman!” - Kak KM bengang ada individu ‘cari makan’ guna muka dan videonya

Kak KM dakwa ada individu guna gambar tanpa kebenaran.

USAHAWAN sensasi Kak KM bakal mengambil tindakan saman terhadap seorang peniaga atas talian yang menggunakan gambarnya sebagai bahan promosi tanpa kebenaran.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, individu terbabit dikatakan menjual produk bengkung sama seperti produk KM Ikat keluaran syarikat miliknya.

"Pagi ini (Khamis) saya nampak individu tersebut semakin banyak guna gambar dan video saya untuk tujuan promosi sedangkan dia bukannya jual produk saya.

kak km 2

Kak KM tak akan berdiam apabila ada orang cuba ambil kesempatan.

"Saya tidak kenal dia siapa, dia juga bukan menjual produk milik saya. Tak tahulah produk dari mana yang dijual namun mudah-mudah guna gambar saya.

"Memang saya tidak akan berdiam apabila perkara begini berlaku. Saya akan buat laporan dan tunggu surat saman," katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini berkongsi satu video memberi amaran kepada individu berkenaan di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Sementara itu, Kak KM memberitahu dia mula menyedari tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan sejak sebulan lalu, namun masih mengambil langkah berdiam diri kerana memikirkan ia bukanlah satu perkara serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas setahun turun naik mahkamah, Kak KM tarik nafas lega menang kes saman bekas abang ipar

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM beli rumah banglo RM5 juta, syukur akhirnya doa dimakbulkan... Minta netizen sibuk kecam tutup IG

Bagaimanapun, dia mula bertindak selepas perniagaannya terkesan sehingga ramai pelanggan mula bertanya kesahihan produk tersebut.

"Sebenarnya sudah sebulan juga saya perasan tentang perkara ini. Selama ini hanya berdiam sahaja. Tidaklah fikir mahu ambil sebarang tindakan saman.

"Semakin lama saya nampak orang itu semakin menjadi-jadi. Dia ambil jalan mudah guna gambar dan video saya. Ramai juga yang bertanya adakah itu benar produk saya sebab itu rasanya saya tidak boleh terus berdiam," ujarnya.

Memang saya tidak akan berdiam apabila perkara begini berlaku. Saya akan buat laporan dan tunggu surat saman

KAK KM

USAHAWAN

Mengakui bengan dengan individu berkenaan, Kak KM berkata dia bersedia untuk berdepan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Tambahnya, ini bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini juga ada pihak lain yang melakukan tindakan sama.

"Saya memang rasa marah sekarang ini. Kalau jumpa nak tumbuk muka orang tu sebab ambil jalan mudah macam ini. Saya penat berniaga, ada pula orang lain yang ambil kesempatan dengan cara begini.

"Bukan sekali terjadi. Sudah banyak gambar dan video saya digunakan tanpa kebenaran. Kalau terus berdiam takut nanti perkara begini akan terus berleluasa," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Kak KM, KM Ikat, usahawan tipu, saman, sensasi

Artikel Berkaitan

Artikel Lain