suria

“Tak payah ugut, dedah je gambar bogel aku” - Dr Erin berang wanita ugut sebar foto lucah, buka cerita kenapa 7 kali cerai

Erin tidak gentar menerima ugutan.

BEKAS isteri kepada pendakwah bebas Da'i Farhan iaitu Dr Erin tidak gentar berdepan ugutan seorang wanita yang ingin menyebarkan gambar bogelnya.

Wanita yang menggelar dirinya sebagai 'tebuan' itu dipercayai merupakan teman wanita kepada salah seorang bekas suami Dr Erin selepas berkahwin dengan Da'i Farhan.

Berikutan itu, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 42, menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan ramai lagi individu yang telah memburukkan namanya.

dr erin 4

Erin berkongsi perbualan diganggu seorang wanita yang tidak dikenali.

"Kau cakap ada gambar bogel aku. Tak payah nak ugut-ugut, dedahkan je! Aku pun nak tengok gambar aku tu.

"Fanatik betul kau dengan aku sampai gambar bogel pun ada. Sebab tiada lagi lelaki dapat gambar bogel aku. Korang memang terlalu taksub dengan aku eh?

"Walau apa pun orang nak judge seburuk sehina apa pun saya selepas ini, I don't give a damn. Banyak lagi aku nak dedahkan. Semua orang yang memburukkan aku selama dua tahun ini akan aku dedahkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Da’i Farhan dah tak bertudung, bangga tayang rambut panjang warna perang - “Kalau mati hari ini saya yang tanggung”

ARTIKEL BERKAITAN: Aura wanita ke-19 dah pudar... Da'i Farhan cerai isteri sedang hamil, ulang sejarah lama

Erin berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Erin memberitahu dia sudah memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan selepas mendapat tahu wanita 'tebuan' itu merupakan kekasih kepada bekas suaminya itu.

Malah, dia juga menafikan dakwaan kononnya menggunakan ilmu sihir untuk memikat lelaki.

Banyak lagi aku nak dedahkan. Semua orang yang memburukkan aku selama dua tahun ini akan aku dedahkan

DR ERIN

"I dapat tahu kau tu girlfriend dia, I terus blah (putus). Dah dekat setahun I putus dan muka dia pun I dah tak ingat.

"Kalau betul I ada pakai ilmu santau nak minta tolong ustaz tengok kat mana masalahnya. Kenapa lelaki tak ikut cakap I? Semua jodoh tak boleh ikut kata pun," ujarnya.

Sementara itu Erin juga mendedahkan dia tidak lagi bersama lelaki berasal dari Sabah seperti mana yang pernah diperkatakan sebelum ini.

dr erin 5

Hubungan Erin bersama Farhan (kiri) dan jejaka dari Sabah juga tidak bertahan lama.

"Wahai netizen Malaysia, memang saya kahwin banyak kali, tetapi suami pertama dah arwah (meninggal dunia), jadi saya tak boleh sentuh. Laki kedua sebab dia ambil ice (dadah), pukul saya sampai cedera dan tak mahu kerja.

"Ketiga saya pisah dengan dia sebab dia gay. Lepas itu laki kaki betina dan kaki pukul. Lepas tu Paan (Da'i Farhan). Kemudian boyfriend 'tebuan' ni dan lepas itu yang Sabah," jelasnya.

Untuk rekod, Erin berkahwin dengan Farhan di Mekah pada November 2019.

Mereka bercerai pada April 2020 ketika Erin sedang hamil dan keguguran ketika usia kandungan dua bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain