suria

Aedy Ashraf dikaitkan individu menari, peluk perempuan di kelab malam

Viral video seorang pelakon lelaki dikatakan memeluk wanita di kelab malam.

KETIKA tular di media sosial selepas sebuah rakaman video memperlihatkan seorang lelaki menari dan berpelukan dengan seorang wanita dipercayai di sebuah kelab malam, tiba-tiba nama pelakon Aedy Ashraf dikaitkan dalam insiden itu.

Ia berikutan terdapat komen di laman Twitter membabitkan nama pelakon berkenaan.

Rakaman pendek yang dimuat naik seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Aiman Shah itu menarik perhatian netizen kerana dikatakan mirip pelakon berkenaan.

Dalam ciapannya itu, Aiman mendakwa wanita yang dipeluk oleh lelaki itu merupakan teman wanitanya yang telah berlaku curang.

komen3

Pelakon lelaki itu dikatakan memeluk seorang wanita di kelab malam.

Difahamkan, lelaki tersebut telah menghubungi pengguna Twitter berkenaan supaya memadam video yang dimuat naik kerana bimbang imejnya sebagai seorang selebriti terjejas.

Dalam pada itu hasil tinjauan mStar mendapati video berkenaan sudah dipadamkan pada pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bersemut’ skrin tengok foto Aedy Ashraf dengan Daiyan Trisha... Peminat tertanya-tanya status hubungan

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Asyraf buat laporan polis... Individu menyamar sebagai dirinya perdaya 4 orang wanita, sampai sanggup bagi alamat

Sementara itu, menjengah ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan mengaitkan nama Aedy Ashraf sebagai individu dalam rakaman berkenaan.

"Aedy Ashraf la... kalau ikut siasatan Aedy dengan kekasih lelaki yang tweet tu.

"Kekasih lelaki itu yang tweet teman wanitanya curang dekat kelab.

"Orang kata tu Aedy Ashraf! Apa yang dah jadi. Memang nampak macam dia, tapi mungkin muka seiras kot," tulis netizen.

komen

Nama pelakon itu dikaitkan dengan video viral berkenaan.

Usaha mStar bagi mendapatkan pengesahan dan komen lanjut daripada Aedy Ashraf tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain