suria

‘Bersemut’ skrin tengok foto Aedy Ashraf dengan Daiyan Trisha... Peminat tertanya-tanya status hubungan

Teka-teki kemesraan antara Daiyan dan Aedy ketika menonton konsert bersama-sama di London baru-baru ini.

KEMESRAAN antara pelakon, Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha ketika kedua-dua hadir menyaksikan konsert di London, baru-baru ini mengundang tanda tanya mengenai status hubungan mereka.

Kedua-dua kelihatan sangat mesra dan asyik menyanyi serta menari sambil menyaksikan persembahan kumpulan Coldplay di Stadium Wembley pada 17 Ogos lalu.

Perkara itu dilihat menerusi perkongsian Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, di laman Instagram.

"Saya perasan gambar yang terakhir.

"Comel gambar yang terakhir.

"Kahwin saja, korang ini comel betul la.

Untitled design (29)

Tangkap layar komen yang seakan mengusik Daiyan dengan Aedy sebagai pasangan serasi.

"Gambar terakhir sangat suka tengok kalian berdua," antara komen netizen yang seakan merestui hubungan Daiyan dengan Aedy.

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf melutut lamar Amelia Henderson depan orang ramai, dua tahun ambil masa sebelum luah perasaan

Bagaimanapun peminat masih berteka-teki dengan hubungan Aedy bersama Amelia Henderson yang dikhabarkan sudah berakhir baru-baru ini.

Sebelum ini, Aedy mengejutkan peminat apabila meminta Amelia untuk menjadi kekasihnya di sebuah acara sekitar Mac lalu.

Namun dikhabarkan hubungan itu tidak bertahan lama apabila Aedy memadam foto bersama Amelia di media sosial dan memuat naik ciapan yang menggambarkan seseorang yang putus cinta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain