suria

Tak puas sekadar alih suara filem Hollywood, Sean Lee impi berlakon disamping Henry Golding

Sean Lee menaruh harapan untuk mengikut jejak Henry Golding ke pentas antarabangsa.

PELAKON dan pengacara Sean Lee meluahkan hasrat untuk bergandingan dengan bintang filem Crazy Rich Asians iaitu Henry Golding sekiranya diberi peluang berbuat demikian.

Sean atau Lee Jia Ern, 28, berkata, dia ingin menjadi seperti aktor kelahiran Malaysia itu dan menjadikan kejayaannya mencipta nama di Hollywood sebagai inspirasi.

"Sudah tentu saya menyimpan hasrat untuk mengembangkan karier di luar negara dan kalau ada rezeki mahu bergandingan dengan Henry Golding.

"Kalau tak pun, dapat berbual dan mendengar pengalaman dan rahsia kejayaannya pun sudah memadai.

Untitled design (18)

Sean Lee meluahkan hasrat untuk mencuba nasib ke Hollywood selepas berlakon alih suara filem DC League of Super-Pets.

"Saya ingin tahu rahsianya melebarkan sayap di Hollywood, mana tahu saya boleh jadikan inspirasi untuk mengikut jejaknya," katanya kepada mStar.

Bakat besar dimiliki Sean sebelum ini turut mendapat perhatian apabila dia terpilih sebagai pelakon alih suara filem animasi, DC League of Super-Pets terbitan Warner Bros.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pertikaikan watak dalam filem bersama The Rock, Sean Lee intai peluang kembang bakat ke luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Ada peminat sangka Sean Lee orang Melayu... Harap satu hari nanti industri seni Malaysia dipenuhi semua bangsa

Membawakan watak sebagai Waffles, Sean melihat penglibatannya itu sebagai langkah awal buatnya melebarkan sayap ke pentas antarabangsa.

"Saya tidak menyangka akan diberi kesempatan bekerja dalam sebuah filem terbitan Hollywood. Pada saya itu adalah langkah awal untuk mencuba perkara baru dalam karier seni saya.

Untitled design (19)

Sean Lee akan muncul dengan drama baharu pada 24 Ogos depan bertajuk Cinta Untuk Dara di TV3.

"Tentu sahaja saya meletakkan harapan agar berpeluang untuk berlakon dalam filem antaranbangsa dan bukan hanya alih suara," katanya.

Sementara itu, Sean bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Cinta Untuk Dara yang akan bersiaran di TV3 bermula 24 Ogos ini.

Melakonkan watak sebagai Jason, naskhah terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd itu turut dibintangi oleh Riena Diana, Syafiq Kyle, Datuk Shah Rezza, Rozita Che Wan dan Afifah Nasir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain