suria

Ada pertikaikan watak dalam filem bersama The Rock, Sean Lee intai peluang kembang bakat ke luar negara

Sean Lee alih suara watak Waffle dalam filem DC-League of Super Pets.

PELAKON Sean Lee meluahkan rasa gembira dan bangga apabila terlibat dalam sebuah filem produksi antarabangsa iaitu DC-League of Super Pets yang mula ditayangkan pada 28 Julai lalu.

Bagaimanapun ada pula mengkritik kejayaan itu kerana watak Waffle yang dibawakan oleh Sean hanyalah untuk tayangan Malaysia dan ia dianggap bukanlah sesuatu boleh dibanggakan.

“Ada yang cakap watak saya itu hanya itu tayangan Malaysia sahaja, namun bagi saya ia sesuatu yang besar kerana kandungannya dari sebuah produksi terkemuka. Projek kali ini juga unik kerana memang menampilkan watak khas seekor anjing dari Malaysia.

“Jadi kalau ada mahu kritik, saya tidak ambil pusing. Lebih baik saya ambil positif dari mereka yang menyokong kerjaya saya. Pembabitan dalam filem ini adalah sesuatu yang membanggakan,” katanya kepada mStar.

Untitled design (2)

Sean Lee teruja diberi peluang untuk bekerjasama dengan naskhah antarabangsa.

Sean, 28, menerima panggilan dari pihak Warner Brother Malaysia untuk meminjamkan suaranya bagi watak anjing bernama Waffle dalam filem terbitan Warner Animation Group dan DC Entertainment itu sekitar Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sean Lee pasang angan-angan jadi bapa muda - “Yang penting restu ibu, baru boleh kahwin!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada peminat sangka Sean Lee orang Melayu... Harap satu hari nanti industri seni Malaysia dipenuhi semua bangsa

Antara pelakon lain yang turut meminjamkan suara mereka untuk karya asal filem ini adalah Dwayne Johnson, Kevin Hart dan Keanu Reeves.

Dalam masa sama, penglibatan sebegini juga dianggap satu langkah untuk memulakan kerjaya ke peringkat antarabangsa.

Melihat terlalu banyak halangan dalam industri perfileman tempatan, Sean mahu diberi lebih kebebasan jika dia berpeluang untuk kembangkan bakat ke luar negara.

Untitled design (3)

Sean Lee meminjamkan suara untuk watak Waffle yang mana karya asal filem dilakonkan oleh Dwayne Johnson.

“Industri filem negara kita dikawal ketat kerana takut ada yang terjejas atau beri pengaruh buruk sehingga saya rasa ada di antaranya melampau. Tetapi penonton sekarang sudah bijak menilai dan mereka tahu untuk mengambil pengajaran dari sesebuah karya.

“Kalau ada peluang ke luar negara memang saya akan terima. Saya cuba untuk keluar dan mahukan kebebasan. Dalam kerjaya seni ini tak boleh nak duduk di sini sahaja, perlu kembangkan lagi bakat.

Ada yang cakap watak saya itu hanya itu tayangan Malaysia sahaja, namun bagi saya ia sesuatu yang besar kerana kandungannya dari sebuah produksi yang terkemuka.

SEAN LEE

PELAKON & PENGACARA

“Bagaimapun saya tidaklah mahu tinggalkan Malaysia, cuma akan terima mana-mana peluang terbuka,” jelasnya.

Bukan hanya mahu kembangkan bakat sendiri, Sean juga berharap dapat mengharumkan nama Malaysia jika suatu hari nanti dia bekerja dengan karya di luar negara.

“Kalau saya berlakon di luar negara, bukan hanya bawa nama sendiri. Saya akan bangga untuk perkenalkan diri sebagai anak Malaysia dan kita punya ramai bakat yang boleh diangkat,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain