suria

“Cuba nyanyi 30 tahun baru kita cakap!” - Ning Baizura ingatkan netizen jangan kurang ajar kritik nyanyian sumbang

Ning Baizura meminta netizen jangan terlalu mudah mengkritik nyanyiannya yang sudah 30 tahun dalam industri.

PENYANYI Ning Baizura meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir netizen yang mengkritik persembahannya dalam satu video tular, baru-baru ini.

Ning berkata netizen yang menulis kecaman itu tidak mengetahui situasi sebenar yang dilalui olehnya semasa membuat persembahan berkenaan.

"Senang je nak kutukkan? Jangan kurang ajar ya! Wahai manusia ingatlah Allah maha besar tau! Dan yang nak buat lawak teruskan sebab lagi viral (tular) lagi akak dapat banyak rezeki dan shows (persembahan).

"Tak payah nak kasihan-kasihan atau simpati. Kalian tidak mengetahui bagaimana perjalanan dan apa yang perlu saya harungi. Mengapa saya saya berasa begitu, bagaimana perasaan saya semasa menyanyikan lagu itu," jelasnya menerusi Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Ning Baizura tak pernah ada FB, sudah setahun berdiam pihak ambil kesempatan kongsi gambar bogel guna namanya!

ARTIKEL BERKAITAN: “Cuba nyanyi 30 tahun baru kita cakap!” - Ning Baizura ingatkan netizen jangan kurang ajar kritik nyanyian sumbang

Untitled design (11)

Ning menyuarakan pandangannya di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon filem Maria Mariana 2 itu memberitahu dia membuat persembahan selama empat hari di sebuah restoran dan pub di ibu negara itu.

"Ini adalah hampir lagu ke-80 sepanjang empat hari persembahan selama dua jam berturut-turut setiap malam," ujarnya.

Saya gembira melihat ramai yang tiba-tiba berminat dengan gaya nyanyian soprano saya. Senang. Datang untuk belajar dan cuba menyanyikannya selama 30 tahun. Kemudian kita bincang

NING BAIZURA

PENYANYI & PELAKON

Dalam pada itu, Ning turut melihat video tular itu sedikit sebanyak membuatkan ramai berminat untuk mengetahui cara nyanyiannya semasa mendedangkan lagu Awan Yang Terpilu.

"Saya gembira melihat ramai yang tiba-tiba berminat dengan gaya nyanyian soprano saya. Senang. Datang untuk belajar dan cuba menyanyikannya selama 30 tahun. Kemudian kita bincang," katanya.

Sebelum itu, kecoh di media sosial video nyanyian Ning Baizura hingga ia turut menarik beberapa penyanyi tanah air seperti Datuk Hattan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain