suria

Ning Baizura tak pernah ada FB, sudah setahun berdiam pihak ambil kesempatan kongsi gambar bogel guna namanya!

Ning Baizura harap peminat tidak terpedaya dengan helak penggodam yang menyamar sebagai dirinya di Facebook.

SEJAK kebelakangan ini ramai yang berasa pelik dengan perkongsian penyanyi Ning Baizura di Facebook Story miliknya yang memuat naik gambar wanita dalam keadaan separuh bogel.

Pada awalnya, ada menyangka penyanyi lagu Awan Terpilu tersebut menjual pakaian dalam wanita namun mula berasa pelik kerana Ning tidak pernah memaklumkan apa-apa mengenainya sama ada di Facebook atau pun Instagram.

Bercakap kepada mStar, Ning berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu minggu lalu ketika sedang giat menjalani latihan persembahan bersempena Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MiFFest).

Ning Pesanan

Ning berpesan kepada peminat agar tidak terperdaya dengan Facebook menggunakan namanya.

"Minggu lepas ketika saya sibuk membuat latihan MiFFest, tiba-tiba ada orang hantar gambar ini.

"Saya sebetulnya tidak ambil pusing kerana ketika itu banyak perkara lain perlu saya lakukan seperti menghafal lirik dan sebagainya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Miskin budak-budak ni selipar pun tak ada” - Ning Baizura dikecam salah guna emoji ketawa!

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada cuba hubunginya tapi...” - Ning Baizura terpaksa guna Youtube kaji karakter Marina Mahathir

Untuk rekod, Facebook itu dibuka sejak Oktober 2008 dan mempunyai 200,000 pengikut dengan kemas kini akaun itu pada Mei tahun ini.

Dalam pada itu, Ning menjelaskan dia tidak pernah mempunyai sebarang akaun rasmi atau pun kelab peminat di Facebook malah peminat setianya mengetahui tentang perkara itu.

Saya tidak pernah ada sebarang akaun Facebook!

NING BAIZURA

PENYANYI

Atas dasar itu juga, Ning meminta peminat atau orang ramai tidak terperdaya atau memberi sebarang maklum balas terhadap akaun itu agar tidak menjadi mangsa penipuan.

"Peminat yang lama mengikuti perkembangan saya, mereka tahu saya tiada sebarang akaun rasmi atau kelab peminat di Facebook.

"Segala komunikasi dilakukan di Instagram sama ada bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat.

"Individu tidak bertanggungjawab itu sudah hampir setahun melakukan perkara itu. Saya tidak pernah ada sebarang akaun Facebook," jelasnya.

Ning IG

Antara gambar wanita separuh bogel yang dimuat naik di Facebook Story menggunakan nama Ning Baizura.

Pun begitu, Ning tidak berniat untuk memanjangkan isu berkenaan atau pun mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun berkenaan.

Jelas Ning, dia enggan membuang masa dengan menghabiskan masa dan tenaganya untuk perkara-perkara remeh.

"Apa kata kita gunakan akal dan tenaga ditempat lain. Orang itu mungkin inginkan perhatian saya. Saya tidak mahu mencuit hati orang itu sedikit pun," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain