suria

Lagi penemuan wanita mirip Zalina Azman, polis sahkan imbasan cap jari tidak sepadan

Wanita mirip Zalina ditemui di Sentul.

KEHILANGAN Zalina Azman terus mendapat perhatian ramai dan terbaharu seorang wanita mirip bekas personaliti TV3 itu ditemui di sekitar kawasan Jalan Haji Salleh, Sentul pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim bagaimanapun mengesahkan wanita tersebut bukan Zalina seperti didakwa.

Dalam satu kenyataan, Mohd Iqbal menjelaskan wanita tersebut telah dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan UTC Shah Alam untuk membuat semakan cap jari.

WhatsApp Image 2022-07-23 at 2.07.53 PM (1)

Kehilangan Zalina masih jadi tanda tanya.

"Semakan cap jari dibuat mengikut rekod sedia ada. Analisa serta pengecaman ahli keluarga turut mendapati wanita itu bukan orang yang dicari," katanyta.

Berita kehilangan Zalina atau Zalina Shaharah Azman, 58, tular sejak Isnin lalu selepas Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam dalam satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari kontraktor ubah suai rumah Zalina Azman, tiada rekod ke luar negara

Laporan kehilangan Zalina dibuat oleh anaknya Mikhael Norman, 33, pada 29 November tahun lalu selepas cubaan menghubunginya sejak 24 November bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital gagal.

Sebelum ini beberapa penemuan invidiu mirip Zalina pernah dilaporkan namun polis mengesahkan ia bukan Zalina.

Terbaharu, pihak polis turut menjalankan siasatan terhadap kontraktor yang menjalankan kerja-kerja ubah suai kediaman bekas pembaca berita program Money Matters itu di Shah Alam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain