suria

Polis cari kontraktor ubah suai rumah Zalina Azman, tiada rekod ke luar negara

Polis cari kontraktor ubah suai rumah Zalina.

USAHA bagi mencari bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu terus dipergiatkan.

Terbaharu pihak polis menjalankan siasatan terhadap kontraktor yang menjalankan proses ubah suai Zalina yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, dalam satu kenyataan berkongsi perkara tersebut turut memaklumkan siasatan terhadap enam ahli keluarga Zalina telah dilakukan.

zalina azman 1

Berita kehilangan Zalina mula diperkatakan sejak Isnin.

"Kami telah mengambil keterangan daripada enam orang anggota keluarga.

"Sekarang ini kami mencari pekerja yang terlibat dalam proses ubah suai rumah Zalina," katanya.

Dalam masa sama siasatan lanjut turut dijalankan dengan pemeriksaan bersama Jabatan Imigresen dan mendapati tiada rekod Zalina ke luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita seperti Zalina dalam keadaan lapar mulanya minta hantar ke balai polis - Pemandu e-hailing

Sementara itu, Iqbal turut berkata pihak polis turut menerima beberapa maklumat tambahan berkaitan kes ini namun tiada sebarang bukti yang kukuh.

Berita kehilangan Zalina mula mendapat perhatian sejak Isnin lalu selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam satu kenyataan memaklumkan mengenai perkara tersebut.

ras 22

Senator Datuk Ras Adiba Radzi antara yang giat menjalankan misi mencari rakan baiknya itu.

Laporan kehilangan Zarina dibuat oleh anaknya Mikhael Norman, 33, pada 29 November tahun lalu.

Zalina, 58, dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain