suria

[VIDEO] Ini rakaman CCTV kelibat wanita mirip Zalina Azman, sempat buka ‘mask’ depan kaunter hotel

Rakaman CCTV yang memperlihatkan seorang wanita persis Zalina Azman.

SELEPAS kecoh kelibat Zalina Azman dilihat di sebuah kafe, terbaharu polis mendedahkan rakaman litar tertutup (CCTV) seorang wanita mirip bekas personaliti televisyen TV3 itu memasuki sebuah hotel di Shah Alam pada Isnin lalu.

Menerusi rakaman itu, kelihatan wanita berpakaian serba hitam berjalan masuk di ruangan lobi sambil membawa dua buah beg.

Bagaimanapun berdasarkan rakaman sekitar pukul 1.35 tengah hari itu, tiada kelibat kakitangan hotel berada di bahagian kaunter menyambut wanita berkenaan.

@mstarmalaysia Ini rakaman CCTV kelibat wanita mirip Zalina Azman, sempat buka ‘mask’ depan kaunter hotel #beritaditiktok #mstar ♬ original sound - mStar Official

Turut kelihatan individu berkenaan membuka pelitup mukanya buat seketika.

Tidak lama selepas itu, wanita tersebut terus berjalan keluar meninggalkan hotel berkenaan.

Zalina

Zalina dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya sudah menyemak tentang identiti wanita dalam rakaman itu yang didapati adalah seorang gelandangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan wanita muncul di kafe bukan Zalina Azman tetapi gelandangan

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya kenal penampilannya” - Ras Adiba minta rakam jika terserempak wanita mirip Zalina Azman, teruskan misi pencarian hari kedua

Katanya wanita itu adalah individu sama yang datang ke sebuah kafe seperti dilaporkan sebelum ini.

Tambah Mohd Iqbal lagi, pihaknya juga turut memperoleh rakaman daripada seorang pemilik kafe di Seksyen 9 yang sebelum ini mendakwa wanita mirip Zalina datang ke restoran itu dan polis mendapati ia gelandangan yang sama.

"Pihak kami sudah menyemak dengan pekerja kafe dan mendapati individu yang datang adalah gelandangan yang ditemui di tasik Seksyen 2. Semua rakaman adalah orang yang sama dan bukannya orang hilang," katanya.

Latest Foto

Foto terbaharu Zalina bersama Datuk Ras Adiba Radzi.

Terdahulu, bekas pengacara program Money Matters berusia 58 tahun itu dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Anak lelaki Zalina membuat laporan tentang kehilangan ibunya selepas cubaan mencari dan menghubungi wanita itu gagal ketika ingin memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.

Sejak itu, pelbagai usaha mencari Zalina dilakukan termasuklah rakan baiknya, Senator Datuk Ras Adiba Radzi telah memulakan misi pencarian Zalina di sekitar Shah Alam sejak Selasa lalu.

"Siasatan CCTV dan semakan bersama kakitangan kafe mendapati individu tersebut merupakan gelandangan yang ditemukan di tasik Seksyen 2 (Tasik Shah Alam, Seksyen 14). Justeru identitinya bukanlah OH (Orang Hilang)," jelasnya.

Sebelum ini, bekas pengacara Money Matters, Zalina Shaharah Azman, 58, dilaporkan hilang oleh Polis Shah Alam pada Isnin.

Dimaklumkan, ahli keluarga Zalina juga sudah mengemukakan laporan kehilangan wanita itu sejak 29 November 2021 ketika anaknya ingin memaklumkan bapanya yang dimasukkan ke hospital.

Pada masa sama, Mohd. Iqbal juga memaklumkan ahli keluarga Zalina tidak lagi menetap di Shah Alam kerana sudah berpindah.

Bagaimanapun lokasi kediaman mereka tidak didedahkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain