suria

“Saya kenal penampilannya” - Ras Adiba minta rakam jika terserempak wanita mirip Zalina Azman, teruskan misi pencarian hari kedua

Ras Adiba Radzi belum berputus asa mencari teman baiknya, Zalina Azman.

MESKIPUN gagal dalam misi pencarian hari pertama, Senator, Datuk Ras Adiba Radzi tetap tidak berputus asa untuk menjejaki rakan baiknya yang juga bekas personaliti televisyen, Zalina Azman.

Ras Adiba berkata, dia tetap optimis akan bertemu kembali dengan sahabat baiknya itu dan akan meneruskan usaha pencarian Zalina di sekitar Shah Alam, Selangor.

Malah Ras Adiba berharap orang ramai akan mengambil gambar atau video sekiranya terserempak dengan Zalina atau individu yang dirasakan menyerupainya.

Untitled design (3)

Ras Adiba menggesa agar orang ramai yang mendakwa melihat wanita menyerupai Zalina agar mengambil gambar atau video bagi melancarkan usaha pencarian.

"Saya sangat menghargai usaha orang ramai yang berkongsi kisah mengenai Zalina di media sosial.

"Tapi saya harap dan merayu agar tolong ambil gambar atau video sekiranya bertemu dengan wanita yang mungkin Zalina atau menyerupai dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ras Adiba Radzi tak sedap hati, gerak misi cari Zalina Azman malam ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik kafe dakwa dikunjungi wanita seperti Zalina Azman dalam ketakutan sambil berkata “saya takut besi”

"Sebagai sahabat baik, sudah tentu saya mengenali fizikal, rupa paras dan penampilannya dengan lebih baik," katanya kepada mStar.

Sebagai kawan baik, tentu saja saya mengenali fizikal dan penampilannya.

DATUK RAS ADIBA RADZI

SENATOR/BEKAS PERSONALITI TELEVISYEN

Ras Adiba memberitahu pencarian hari pertama di sekitar Shah Alam pada Selasa dilakukan sehingga pukul 3 pagi namun tidak berjaya menemui sebarang petunjuk.

Usaha itu diteruskan pada Rabu apabila Ras Adiba bersama beberapa rakan media memulakan misi mereka bermula 6 petang.

"Sebagai kenalan media, mari kita sama-sama teruskan usaha untuk menjejaki rakan kita.

"Sekali lagi saya pohon, jika ternampak individu menyerupai Zalina sila ambil gambar atau video untuk mudah saya kenal pasti," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain