suria

Sean Lee pasang angan-angan jadi bapa muda - “Yang penting restu ibu, baru boleh kahwin!”

Sean Lee semakin selesa bergelar pengacara dan seronok bergandingan bersama Shuk dalam ICSYVMY

SETIAP pasangan bercinta pastinya mengimpikan untuk membina mahligai perkahwinan bersama insan tersayang pilihan hati mereka.

Begitu juga dengan pelakon dan pengacara, Sean Lee, 25, yang turut memasang impian mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Kalau tanya fasal kahwin, saya memang pernah target nak kahwin cepat-cepat... calon itu dah ada, kalau kita berkawan dengan seseorang dan rasa selesa itu pun dah kira antara calon.

ARTIKEL BERKAITAN: Gila-gila orangnya, Sean LJE dedah sering bawa boxer Batman ke luar negara sebab rasa selamat

"Sebenarnya saya ada cita-cita nak jadi ayah muda, memang saya pernah letak harapan begitu tapi dalam keadaan sekarang ini kita pun tak tahu lagi macam mana!



Sean tidak kisah mengenai calon isteri asalkan wanita itu mendapat restu ibunya.

"Apa-apa pun, dalam hal ini yang paling penting sebelum mendirikan rumah tangga ialah mendapat restu ibu... kalau dia kata okay, baru kita teruskan perkahwinan," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Sean mengakui kehadirannya dalam industri seni mula mendapat perhatian peminat setelah mengacarakan program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY).

Meskipun pada awalnya dia agak kekok bergelar pengacara, Sean berkata dia bersyukur kerana mendapat bimbingan dan bantuan daripada rakan pengacara, Shuk Sahar.



Shuk banyak membantu memantapkan lagi bakat pengacaraannya.

"Program ini secara tak langsung membantu menaikkan nama saya dalam industri, semestinya saya seronok kerana menjadi rancangan nyanyian nombor satu.

"Sejujurnya mengacara ini lebih susah daripada berlakon sebab saya ini agak pendiam. Sebagai pengacara perlu berinteraksi dengan penonton dan kena banyak bercakap.

"Tapi saya bersyukur kerana dapat bekerja dengan Shuk dan banyak mengajar saya cara nak sesuaikan diri dan tak rasa kekok. Dia juga banyak beri tunjuk ajar dan peluang kepada saya dalam bidang ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain