suria

Bukan lagi kejar populariti, Syafiq Kyle tak tergugat dengan kehadiran aktor lebih muda

Untitled design (7)

KEHADIRAN ramai bakat baharu dalam industri lakon tidak membuatkan pelakon Syafie Kyle bimbang akan kedudukannya menyandang watak hero.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, memberitahu dia tidak pernah mementingkan atau mengejar populariti untuk kekal lama dalam industri seni.

"Pada saya populariti itu bersifat subjektif dan tidak kekal lama. Paling penting adalah kualiti kerja yang dihasilkan mampu membuatkan penonton menanti untuk menonton lakonan.

Untitled design (8)

Syafiq terbuka menerima kehadiran pelakon baharu dan menganggap perkara itu sebagai peluang untuk saling bertukar ilmu dan pengalaman.

"Malah ketika di awal kemunculan dalam industri dulu pun, saya sudah lalui apa pelakon baru lalui dan ramai aktor popular lain ketika itu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syafiq memberitahu dia sebenarnya lebih kagum dengan pelakon-pelakon senior yang masih mampu bertahan lama dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ‘overthinking’ Syafiq Kyle takut tonton lakonan sendiri jika watak tidak menjadi

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa sudah putus dengan Mimi Lana, Syafiq Kyle tak nak buang masa layan gosip cinta

Atas sebab itu, setiap kali berpeluang bekerjasama dengan mereka, Syafiq akan cuba mengutip ilmu dan rahsia mereka mampu kekal lama sebagai pelakon.

"Setiap kali ada peluang bekerjasama dengan pelakon senior seperti Wan Hanafi Su, Beto Kusyairi dan Faizal Hussien, saya ada rajin bertanya tentang rahsia mereka.

Pada saya populariti itu bersifat subjektif dan tidak kekal lama.

SYAFIQ KYLE

PELAKON

"Jujurnya mereka kata tiada apa-apa rahsia istimewa melainkan keikhlasan, fokus dan sentiasa berikan hasil kerja yang baik dalam sesebuah projek," ujarnya.

Pun begitu, Syafiq berkata, pada akhirnya dia meletakkan soal itu kepada perancangan dan rezeki dari Tuhan dan hanya mampu berusaha ke arah berkenaan.

Untitled design (7)

Drama terbaharu lakonan Syafiq Kyle bersama Riena Diana yang bertajuk Cinta Untuk Dara di TV3.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Syafiq bakal muncul menerusi drama Cinta Untuk Dara terbitan OrangeTree Production untuk siaran TV3 yang turut menampilkan Riena Diana, Sean Lee, Shah Rezza, Rozita Che Wan dan Afifah Nasir.

Drama romantik komedi arahan Ng Ken Kin itu, ia mengisahkan tentang hubunan cinta di antara Hariz (Syafiq) dan Dara (Riena) yang berpura-pura menjadi pasangan kekasih.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain