suria

Untung Acha Septriasa dapat hadiah gelang tasbih, rasa masakan Wan Azizah

Acha sangat mengagumi keperibadian Wan Azizah.

PELAKON Acha Septriasa mengagumi sifat keibuan dan semangat yang ditunjukkan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Acha, 34, Azizah merupakan seorang wanita yang sangat cekal meneruskan perjuangan ketika keluarganya diuji dengan pelbagai konflik kehidupan.

acha1 - 1

Acha bergandingan bersama Farid Kamil dalam Anwar, The Untold Story.

"Wan Azizah adalah tokoh Malaysia yang sangat kuat dengan karakter keibuannya. Dengan figura kepimpinannya, yang boleh menggantikan suami saat dalam kehidupan sulit.

"Secara akademik, pencapaian beliau memang sangat luar biasa kerana merupakan seorang doktor," katanya kepada mStar.

Acha berkongsi perkara itu menerusi panggilan video yang sewaktu sidang media pelancaran filem Anwar, The Untold Story yang diadakan di W Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari doa Anwar jadi PM... Farid Kamil ambil risiko berlakon filem 'Anwar, The Untold Story'

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anwar tunjuk kesan cedera di badan, parut di kening... Farid Kamil makin berkobar-kobar lakon watak Pengerusi PH

Dalam pada itu, Acha turut berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapinya sewaktu melakonkan watak Wan Azizah.

Kata Acha, dia agak gementar membawakan peranan seorang wanita hebat itu, namun Azizah dijadikan sebagai inspirasi untuk memastikan dirinya dapat membawa watak berkenaan dengan baik.

Wan Azizah adalah tokoh Malaysia yang sangat kuat dengan karakter keibuannya.

ACHA SEPTRIASA

PELAKON

"Azizah seorang wanita yang sangat tenang, disebabkan itu beliau percaya dengan takdirnya.

"Salah satu perkara yang saya paling ingat tentang beliau adalah dia sangat menjaga dan melindungi keluarganya.

"Beliau menjadi inspirasi untuk saya lebih bersemangat membawa wataknya," ujarnya.

Bercakap tentang pertemuan dengan ahli politik itu, Acha mempunyai momen indah yang tak mungkin dilupakan ketika berjumpa Azizah buat pertama kali.

Selain dapat merasa masakan air tangan Azizah, Acha juga menerima hadiah seutas rantai tasbih.

"Walaupun bertemu di hotel untuk makan bersama, beliau tetap membawa bekal masakan sendiri untuk diberikan kepada kami.

acha2 - 1

Acha teruja melakonkan watak Wan Azizah.

"Beliau mahu kami merasa hasil air tangannya dan beri saya gelang tasbih Asmaul Husna... beliau mahu saya terus mengingatinya dan sentiasa ingat kepada Allah. Itu yang paling buat saya terkesan," ujarnya.

Selain Malaysia, filem yang dibintangi oleh Farid Kamil, Acha Septriasa dan Hasnul Rahmat itu juga bakal ditayangkan di beberapa negara termasuk Brunei dan Singapura.

Anwar, The Untold Story dijangka menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia pada Mei depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain