suria

Setiap hari doa Anwar jadi PM… Farid Kamil ambil risiko berlakon filem ‘Anwar, The Untold Story’

Farid bersyukur penggambaran filem Anwar, The Untold Story berjalan lancar.

PELAKON Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila proses penggambaran filem Anwar, The Untold Story berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

Sepanjang menjalani penggambaran filem itu di Indonesia, Farid, 42, yang melakonkan watak Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelakon dan pihak produksi tidak pernah menerima gangguan daripada mana-mana pihak.

"Sepanjang penggambaran filem ini di Indonesia, memang tiada sebarang gangguan, malah saya diberi kebebasan menzahirkan watak Anwar.

farid2 - 1

Farid mengambil risiko besar untuk membawakan watak ikonik ini.

"Kami menghasilkan filem secara senyap, sehinggalah sekeping foto dimuat naik oleh seorang pelakon dan ia mula tular.

"Daripada saat itu, kami memang berhati-hati. Watak saya lakon bukan watak rekaan... ramai yang tahu apa yang berlaku kepada beliau," katanya kepada mStar.

Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Anwar, The Untold Story yang diadakan di W Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anwar tunjuk kesan cedera di badan, parut di kening... Farid Kamil makin berkobar-kobar lakon watak Pengerusi PH

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Farid Kamil, Acha Septriasa sebagai Anwar dan Wan Azizah tular, peminat tak sabar ke pawagam

Dalam pada itu, Farid turut mengakui dia tidak putus doa mengharapkan Anwar menjadi Perdana Menteri ke-10 (PM10) kerana tidak mahu berdepan sebarang kemungkinan filem itu tidak dapat ditayangkan.

"Sebelum kami buat filem tersebut, ini adalah doa yang sentiasa bermain di fikiran saya sebab saya pelakon filem.

Sepanjang penggambaran filem ini di Indonesia, memang tiada sebarang gangguan, malah saya diberi kebebasan menzahirkan watak Anwar.

FARID KAMIL

PELAKON

"Kalau saya berlakon filem dan tak dapat ditayangkan di negara sendiri, saya pasti kecewa.

"Jadi, setiap hari saya berdoa supaya filem ini keluar di pawagam... Anwar harus diberi peluang untuk memerintah negara sebagai Perdana Menteri," ujarnya.

Sementara itu, Farid memberitahu dia mengambil risiko besar membawakan watak Anwar dalam filem tersebut.

Bagi Farid, ini merupakan kali pertama dia membawakan watak seorang figura yang cukup dikagumi oleh rakyat Malaysia.

"Siapa yang nak terbit filem Anwar Ibrahim dan siapa yang akan benarkan tayangannya kalau tanpa melalui produksi kita.

"Jadi, agak sukar jika beliau tidak menang pada Pilihan Raya Umum baru-baru ini. Sudah menjadi harapan saya untuk dia menjadi PM, jadi kerjaya lakonan saya pun masih berpanjangan lagi.

"Dengan menerima tawaran melakonkan watak ini, saya mengambil risiko besar untuk disekat oleh mana-mana produksi televisyen mahu pun filem," ujarnya.

farid1 - 1

Sekitar sidang media majlis pelancaran filem Anwar, The Untold Story.

Menyifatkan ini sudah takdir yang sudah tertulis, Farid berharap Anwar, The Untold Story ini mendapat sambutan baik daripada penonton.

Selain Farid, filem tersebut turut dibintangi pelakon wanita Indonesia, Acha Septriasa dan juga Hasnol Rahmat.

Anwar, The Untold Story bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula Mei depan, namun tarikh tayangannya masih belum diumumkan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain