suria

[V] Rina Nose kekok mengacara Big Stage 5, susah nak ‘tangkap’ percakapan Elly Mazlein

PELAWAK dan pengacara Rina Nose menyifatkan persamaan yang wujud antara dirinya dengan Elly Mazlein merupakan satu kelebihan buat mereka untuk mencipta keserasian sebagai hos dalam program Big Stage musim kelima (BS5)

Rina atau nama sebenar Nurina Permata Putri, 39, berkata mereka mempunyai pendapat dan pemikiran yang sama, sekali gus memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan baik.

"Secara peribadi apa yang saya lihat kami banyak persamaan kerana setiap kali melontarkan pandangan dalam pekerjaan, kami mempunyai pendapat dan cara fikir yang sama.

rina11 - 1

Rina teruja digandingkan bersama Elly Mazlein.

"Jadi mungkin disebabkan itu kami mudah untuk mencipta chemistry yang baik sebagai hos dalam program musim ini," katanya kepada mStar.

Rina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media minggu pertama Big Stage musim kelima yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage 5 buat kejutan, pelawak popular Indonesia Rina Nose pengacara bersama Elly Mazlein

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual seni Elly Mazlein padat, suami tetap tunggu setiap kali pulang lewat malam

Pun begitu, Rina mengakui masih lagi kekok mengacarakan minggu pertama BS5 disebabkan perbezaan bahasa yang menjadi kekangan.

Kata Rina, ini merupakan pengalaman pertamanya menjadi hos dalam program televisyen di Malaysia, namun menganggap ia adalah satu cabaran dan tanggungjawab yang perlu digalas.

Saya lihat kami banyak persamaan kerana setiap kali melontarkan pandangan dalam pekerjaan, kami mempunyai pendapat dan cara fikir yang sama.

RINA NOSE

HOS BIG STAGE 5

"Pertama kali mengacara di sini saya masih gementar, bingung, masih kekok dengan bahasanya. Kadang saya bercakap agak sedikit cepat dan saya sukar untuk ‘tangkap’ apa yang Kak Lina cakap.

"Ini pengalaman baharu, saya mahu cuba di luar Indonesia kerana saya biasa lihat penyanyi Indonesia banyak juga di Malaysia, tetapi untuk hos yang memerlukan banyak bercakap, saya ambil ini sebagai satu cabaran," ujarnya.

Sementara itu, Rina meluahkan rasa syukur dengan respon peminat yang diterima, khususnya penonton di MBSA yang memberikan sorakan gemuruh sepanjang mereka menggendalikan program realiti berkenaan.

rina3 - 1

Rina dapat menjalin keserasian bersama Elly dalam BS5.

Bagaimanapun, dia akur dengan penerimaan sesetengah individu yang memberikan respon negatif terhadap pengacaraan mereka.

"Kalau respon penonton di studio nampaknya begitu meriah, tapi respon di media sosial seperti biasa ada yang kontra, ada yang suka ada yang tidak.

"Tapi itu perkara biasa kan, ada yang suka dan ada yang tidak. Ada bagus, ada jelik, semuanya normal dan bukan satu masalah buat saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain