suria

Wawa Zainal terkejut dituduh potong gaji pekerja, stres nama kena petik… “Kami kerap bagi staf bonus”

Wawa terkilan apabila namanya dan Aeril dituduh tanpa bukti kukuh.

PELAKON dan usahawan Wawa Zainal menegaskan tidak pernah wujud isu penolakan gaji kakitangan syarikat miliknya seperti diperkatakan netizen di sosial media.

Terkejut mendengar dakwaan tidak benar itu, Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 32, memberitahu dia dan suami iaitu Aeril Zafrel juga sering memberi bonus tambahan kepada pekerja di bawah perniagaan Wawa Cosmetic.

"Bila orang katakan kisah itu melibatkan pasangan popular, kenapa saya dan Aeril yang dituduh? Tidak adil orang terlalu cepat tuduh kami sedangkan ramai lagi pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan bersama.

wawa 2

Wawa tidak menyangka namanya dan Aeril disebut susulan pendedahan seorang individu.

"Isu itu tidak pernah berlaku dalam syarikat kami. Malah kami kerap memberi bonus kepada staf. Bukan sahaja bonus tahunan, tetapi juga ada tambahan lain. Syarikat kami tidak pernah potong gaji dan cerita itu tidak logik," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, heboh di laman Twitter pendedahan seorang pekerja yang memberitahu gajinya dipotong kerana gagal mencapai sasaran jualan bulanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas pujuk akhirnya ibu setuju pindah Semenanjung, Wawa Zainal bagi sebuah rumah... “Kediaman itu tidaklah mahal”

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal rasa macam hilang nyawa, badan menggigil susah bernafas... “Taubat tak nak minum dah”

Individu itu memberitahu majikannya itu merupakan pasangan popular dan tidak semena-mena nama Wawa serta Aeril dipetik sebagai pihak terlibat.

Dalam pada itu, Wawa turut meluahkan rasa terkilan apabila gambarnya bersama suami digunakan oleh sebuah portal yang mengulas isu terbabit.

Kalau dengar berita begini janganlah terus percaya dan menuduh tanpa bukti yang kukuh, ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang yang kena tuduh

WAWA ZAINAL

PELAKON/USAHAWAN

"Cuma yang membuatkan saya terkilan apabila gambar kami berdua terus digunakan oleh sebuah portal. Perkara tersebut boleh jatuh fitnah dan kami boleh ambil tindakan," ujarnya.

Sementara itu, Wawa menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang hebahan tanpa bukti yang kukuh sehingga boleh mencemarkan reputasinya dalam perniagaan.

wawa 3

Wawa dan Aeril sentiasa menjaga kebajikan pekerja.

Gara-gara isu ini, Wawa berkata dia mengalami anxiety kerana terlalu memikirkan tuduhan tersebut.

"Kalau dengar berita begini janganlah terus percaya dan menuduh tanpa bukti yang kukuh, ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang yang kena tuduh.

"Macam saya sendiri memang stres bila dengar isu begini sehingga menyebabkan anxiety," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain