suria

Setahun Muzikal Puteri Gunung Ledang dibatalkan, Tiara Jacquelina tunggu ‘mimpi’ adakan semula pementasan

Tiara tak janji adakan pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang.

SELEPAS setahun pembatalan pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang oleh pihak Enfiniti, pengarah dan penerbit Puan Sri Tiara Jacquelina tidak menolak kemungkinan untuk kembali mengadakan pementasan itu.

Tiara atau Tiara Jacquelina Eu Effendi, 55, bagaimanapun berkata dia mahukan sesuatu yang baharu dalam penghasilan karyanya itu dengan menggunakan pendekatan yang berlainan selain pementasan teater.

"Sebagai sebuah syarikat kami mahu buat evolusi memandangkan pementasan teater seperti Ola Bola, Puteri Gunung Ledang, dan P Ramlee The Musical Teater telah dibuat.

DreamForestLangkawi_mediabriefing_Photo5

Tiara Jacquelina lancarkan Dream Forest untuk promosi budaya negara.

"Kami akan menggunakan penceritaan sama tapi menggunakan platform lain seperti teater dalam lingkungan berbeza. Asyik guna Istana Budaya sahajakan?" katanya kepada mStar.

Tiara berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Dream Forest Langkawi, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Dalam pada itu, Tiara berkata dia mahu mencabar dirinya dengan mengetengahkan kisah-kisah yang pernah dibawa sebelum ini memandangkan pementasan teater Puteri Gunung Ledang itu mendapat sambutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiara Jacquelina kembali berlakon selepas 17 tahun... cabar diri bawa watak kejam dalam Keluarga Baha Don

ARTIKEL BERKAITAN: Tiara Jacquelina tolak peluang ke Hollywood demi jaga budaya orang Asia - “I don’t do kissing”

"Orang semua dah tahu tentang kisah yang kami bawakan, jadi kami mahu pembaharuan untuk mencabar diri kami sebagai pengiat seni.

"Apa pun saya tidak boleh menjanjikan, mana tahu suatu hari nanti bila saya bangun tidur saya akan buat," katanya.

Berkongsi mengenai Dream Forest, Tiara memberitahu ia merupakan projek terbaharu mengangkat kisah legenda di Pulau Langkawi.

DreamForestLangkawi_mediabriefing_Photo2

Tiara Jacquelina bersama tim Dream Forest.

Dream Forest ini merupakan satu destinasi rekreasi pelancongan yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dan projection mapping.

"Saya dahulu merupakan penari dan duta pelancongan sebelum bergelar pelakon membuatkan saya sentiasa terfikir untuk lakukan sesuatu untuk tarik perhatian pelancong luar ke negara kita," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain